12 kluster baharu, 375 aktif

KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, 29 Januari yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja dan dua kluster komuniti.

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 29 Januari 2021;

  • Jumlah kluster : 791 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 416 kluster (termasuk sembilan (9) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Alor, Kluster Nahaba, Kluster Integra Ikon, Kluster Bukit Naga, Kluster Tapak Bina Metropolis, Kluster Tapak Bina Jalan Gadang, Kluster Tapak Bina Kasih, Kluster Tapak Bina Sinar View, dan Kluster Tapak Bina Residen);
  • Jumlah kluster aktif : 375 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 89 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (385 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (224 kes), dan Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (116 kes).

Related posts

Leave a Comment