802 kes baharu di Thailand

BANGKOK 29 Jan. – Thailand mengumumkan 802 kes baharu Covid-19 yang melibatkan 781 jangkitan tempatan dan 21 kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 17,023.

Menurut Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 692 kes aktif dalam masyarakat melibatkan 686 di wilayah Samut Sakhon, tiga di Bangkok dan masing-masing satu di Nonthaburi, Sa Kaeo dan Rayong.

Manakala 89 kes di hospital melibatkan, 79 kes di Samut Sakhon, tujuh di Bangkok, dua di Ayutthaya dan satu di Ang Thong.

Daripada 21 kes import, 19 dikuarantin sejurus tiba dari India (2), Jerman (2), Bahrain (1), Amerika Syarikat (3), Indonesia (1), Ethiopia (1), Sweden (1), Switzerland (1), Afrika Selatan (1), Netherlands (2), Arab Saudi  (2), United Kingdom (1) and Austria (1).

Dua lagi kes import dari Malaysia dan Myanmar yang dikesan semasa pengesanan di pintu sempadan negara.

Daripada 17,023 kes yang dilaporkan, 11,396 (66.9%) dilaporkan sembuh termasuk ,  109 dalam tempoh 24 jam lalu dan 5,551 sedang menjalani rawatan.

Angka kematian pula kekal 76.

Related posts

Leave a Comment