267 kes, 2 kematian di Arab Saudi

RIYADH 29 Jan. – Hanya dua kematian akibat Covid-19 direkodkan Arab Saudi hari ini manakala kes jangkitan harian meningkat kepada 267 berbanding 253 semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif kes yang direkodkan setakat ini adalah 367,543 dan 6,368 kematian.

Kes aktif pula 2,169 di mana 355 adalah kritikal.

Di samping itu, sebanyak 253 pesakit pulih dan menjadikan jumlah pesakit sembuh kini meningkat kepada 359,006 atau 97.67 peratus.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan 89 kes diikuti wilayah Timur 70 dan Makkah 49.

Related posts

Leave a Comment