216 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 27 Jan. – Kementerian Kesihatan merekodkan 216 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lepas menjadikan jumlah kumulatif 367,023 kes. Empat kematian pula direkodkan yang membawa kepada 6,363 orang pesakit meninggal dunia. Pada masa yang sama, 205 pesakit dilaporkan sembuh dan menjadikan jumlah keseluruhan 358,545 kes atau 97.69 peratus dari jumlah pesakit. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tetinggi iaitu 84 kes, diikuti wilayah Timur 45 dan Makkah 43. Kes aktif pula 2,115 di mana daripada jumlah itu 348 kritikal.

Read More

Presiden Singapura diberi suntikan

SINGAPURA 27 Jan. – Presiden Halimah Yacob yang diberikan suntikan vaksin Covid-19 petang ini menggesa rakyat Singapura dan penduduk yang menetap di sini untuk jangka panjang mendapatkan suntikan vaksin apabila giliran mereka tiba. “Kadar vaksinasi yang tinggi akan memaksimumkan perlindungan bagi penduduk dan mengurangkan kadar orang yang boleh dijangkiti Covid-19,” kata presiden itu yang. menerima suntikan di Poliklinik Outram. Katanya pemvaksinan akan mengurangkan risiko penularan virus secara meluas, bagi memastikan kes jangkitan dalam masyarakat kekal rendah dan membenarkan Singapura membuka semula ekonomi dan menyambung kegiatan sosial. Halimah juga menekankan pendirian…

Read More

11,948 kes baharu, 10,974 sembuh

JAKARTA 27 Jan. – Di sebalik mencatatkan lebih satu juta kes jangkitan Covid-19, Indonesia terus mencatatkan peningkatan kumulatif kes sembuh menjadikan 831,330 atau 81.2 peratus daripada keseluruhan kes. Kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah 10,974 sementara kes positif pula sebanyak 11,948 yang menjadikan jumlah kumulatif 1,024,298 kes dengan kes aktif 164,113 kes atau 16.0 peratus. Pesakit yang meninggal dunia pula adalah 387 dan kumulatifnya mencapai 28,855 kes  atau 2.8 dari pesakit yang dijangkiti. Jakarta merekodkan kes sembuh yang tinggi dengan mencatatkan 2,970 diikuti Jawa Barat 1,800, Jawa Tengah 1,650,…

Read More

2,245 kes baharu di Filipina

MANILA 27 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) setakat pukul 4 petang hari ini merekodkan 2,245 kes baharu jangkitan Covid-19, satu peningkatan berbanding 1,173 kes semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 518,407 dengan kes aktif sebanyak 32,384. Pada masa yang sama, 95 pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah kematian 10,481 orang. Jumlah pesakit pulih pula adalah sebanyak 140 dan ini membawa kepada 475,542 pesakit sembuh daripada jangkitan Covid-19.

Read More

Thailand catat 819 kes baharu

BANGKOK 27 Jan. –  Thailand merekodkan 819 kes Covid-19 baharu, termasuk 808 jangkitan tempatan dan satu kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes positif berjumlah 15,465 kes dengan 76 kematian. Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Taweesilp Visanuyothin, 716 kes dikesan menerusi pengesanan aktif kes dengan 714 kes di Samut Sakhon, dan masing-masing satu di Rayong dan Samut Prakan. Menurutnya kematian tunggal yang dilaporkan itu melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 56 tahun di Samut Sakhon yang juga menderita stroke. Sebelas kes import pula yang dikuarantin adalah dari United Kingdom…

Read More

Remaja rancang serang dua masjid

SINGAPURA 27 Jan. – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Disember lalu kerana didakwa merancang dan membuat persiapan untuk melakukan serangan ke atas dua buah masjid di sini. Tahanan termuda ISA dan yang pertama dipengaruhi ideologi pelampau sayap kanan itu merancang menyerang Masjid Yusof Ishak dan Masjid Assyafaah  semasa ulang tahun serangan pengganas di masjid Christchurch, New Zealand pada 15 Mac. Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri hari ini, remaja India, penganut Kristian Protestan itu menjadi radikal didorong rasa benci terhadap Islam dan cenderung ke arah…

Read More

17 kluster baharu, 366 aktif

KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, 27 Januari 2021 yang melibatkan 15 kluster berkaitan tempat kerja dan dua kluster komuniti. Enam kluster direkodkan di Johor, empat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiga di Selangor, dua di Perak dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak. Berikut maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 27 Januari 2021; Jumlah kluster : 770 kluster; Jumlah kluster baharu : 17 kluster; Jumlah kluster yang telah tamat : 404 kluster (termasuk tujuh (7) kluster yang tamat pada hari…

Read More