17 kluster baharu, 366 aktif

KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, 27 Januari 2021 yang melibatkan 15 kluster berkaitan tempat kerja dan dua kluster komuniti.

Enam kluster direkodkan di Johor, empat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiga di Selangor, dua di Perak dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.

Berikut maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 27 Januari 2021;

  • Jumlah kluster : 770 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 404 kluster (termasuk tujuh (7) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Desa Idaman, Kluster Hala Mutiara, Kluster Slot Berjaya, Kluster Sungai Keluang, Kluster Dialisis, Kluster Tapak Bina Jalan Berangan, dan Kluster Tapak Bina Ikon Bintang);
  • Jumlah kluster aktif : 366 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 80 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah  Kluster Parit Lanjut (521 kes), Kluster Tapak Bina Persiaran Tecoma (157 kes), dan Kluster Industri Grisek (144 kes).

Related posts

Leave a Comment