1,862 kes baharu Filipina

JABATAN Kesihatan Filipina (DoH) mengesahkan 1,862 kes baharu Covid-19 di negara itu menjadikan jumlah keseluruhan 505,939 kes. Setakat pukul 4 petang ini juga, sebanyak 64 pesakit lagi meninggal dunia menjadikan jumlah kematian melepasi 10,000 kes iaitu 10,042 orang. DoH juga mengumumkan 765 kes sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit yang pulih sebanyak 466,993 orang.

Read More

Trumph tinggalkan White House

WASHINGTON: Presiden Donald Trump meninggalkan Rumah Putih dan Washington sebagai Presiden dan Ketua Komander Amerika pada Rabu (20 Januari ) setelah menjadi ketua negara selama satu penggal. Presiden Republican itu meninggalkan Rumah Putih bersama isterinya, Melania, dengan berkata bahawa ia adalah satu penghormatan untuk berkhidmat dan mengucapkan selamat tinggal terakhirnya, sebelum menaiki helikopter Marine One. “Hanya selamat tinggal. Kami sayang anda. Kami akan kembali. Semoga menjalani kehidupan yang baik. Kami akan berjumpa dengan anda tidak lama lagi.” kata Trump kepada para penyokong sebelum penerbangan ke Florida. Marine One kemudian bergerak…

Read More

12,586 kes baharu Indonesia

JAKARTA 20 Jan. – Indonesia terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan baharu Covid-19 selepas merekodkan 12,586 kes baharu dalam tempoh 24 jam, berbanding jumlah yang direkodkan semalam sebanyak 10,365. Menurut data yang dikeluarkan pemerintah Indonesia, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 939,948. Pada masa yang sama 267 lagi pesakit meninggal dunia, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini 26,857 orang. Sebanyak 9,755 pesakit dilaporkan sembuh sementara kes aktif 149,388 orang Lebih 70,000 lagi kes dikategorikan sebagai suspek kes Covid-19. Untuk rekod, kes Covid-19 sudah merebak di semua wilayah di Indonesia, dari Aceh hingga…

Read More

40 kes baharu di Singapura

SINGAPURA melaporkan 40 kes jangkitan positif Covid-19 setakat tengah hari Rabu, 20 Januari menjadikan jumlah kes meningkat kepada 59,197. Daripada jumlah itu, empat kes jangkitan tempatan dan 36 kes import dan diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Tiada kes jangkitan dilaporkan di dormitori pekerja asing. Sementara itu Menteri Pendidikan Lawrence Wong berkata, lebih banyak kes jangkitan dalam masyarakat berlaku sejak beberapa hari kebelakangan ini. “Kami sedang memantau situasi ini dengan teliti dan menimbangkan jika langkah-langkah tambahan perlu bagi memastikan jangkitan dapat terus dikawal,” katanya. Sejak 13…

Read More

PKPD Kampung Orang Asli

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Kampung Orang Asli Batu 6, Jalan Pahang di Batang Padang, Perak akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok hingga 3 Februari ini. Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu dibuat selepas pihak berkuasa mengesan 12 kes positif Covid-19 di kampung berkenaan selain 87 kontak rapat sedang dikuarantin ketika ini. “Pelaksanaan PKPD ini bertujuan mengawal pergerakan penduduk serta memudahkan Kementerian Kesihatan melaksanakan saringan bersasar COVID-19 di lokaliti itu yang melibatkan 494 penduduk,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, Ismail Sabri berkata hingga semalam, seramai 178,370…

Read More

35 kluster pengebumian, tahlil

KOTA KINABALU 20 Jan. – Dua kluster baharu dilaporkan hari ini termasuk Kliater Balibata melibatkan majlis pengebumian dan tahlil. Kluster ini melibatkan tiga kes baharu di Beaufort dan Sandakan menjadikan jumlah kumulatif 35 kes. Kes indeks dikesan semasa saringan merentas negeri balik ke Semenanjung dari Sabah pada 11 Januari 2021 yang telah menghadiri pengebumian dan majlis tahlil arwah ibunya di Kg Balibata, Beaufort. Saringan kontak rapat pula mendapati 34 lagi individu positif termasuk empat ahli keluarga di Sandakan. Aktiviti saringan masih giat dijalankan. Satu lagi Kluster KKIP Selatan melibatkan tujuh…

Read More

16 kluster baharu

1. KLUSTER TAPAK BINA JALAN ABDUL AZIZ Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Jalan Dato Abdul Aziz, Seksyen 19, Petaling Jaya. Sehingga 20 Januari, sejumlah 172 individu disaring, di mana 56 kes dikesan positif. 2. KLUSTER BESTARI RANTAU Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak…

Read More

Selangor terus mendahului

Selangor: 1,391 kes 597 kes daripada kluster-kluster, termasuk 72 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bestari Rantau dan Kluster Tapak Bina Jalan Abdul Aziz; 464 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; Satu (1) kes import dari luar negara; dan 329 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 513 kes 152 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sejahtera; 213 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; Empat (4) kes import dari luar negara; dan 144 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.…

Read More

Masih tinggi berbanding tertinggi

PUTRAJAYA 20 Jan. – Malaysia merekodkan kes harian melebihi angka 4,000 hari ini, selepas 4,008 lagi kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara adalah sebanyak 169,379. Untuk rekod, kes harian tertinggi setakat ini adalah 4,029 pada 16 Januari lalu. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, daripada jumlah tersebut, 4,003 adalah jangkitan tempatan membabitkan 2,802 dalam kalangan warganegara dan 1,201 bukan warganegara. Manakala selebihnya adalah kes import. Sebanyak 113 kes (2.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang…

Read More