Trumph tinggalkan White House

WASHINGTON: Presiden Donald Trump meninggalkan Rumah Putih dan Washington sebagai Presiden dan Ketua Komander Amerika pada Rabu (20 Januari ) setelah menjadi ketua negara selama satu penggal.

Presiden Republican itu meninggalkan Rumah Putih bersama isterinya, Melania, dengan berkata bahawa ia adalah satu penghormatan untuk berkhidmat dan mengucapkan selamat tinggal terakhirnya, sebelum menaiki helikopter Marine One.

“Hanya selamat tinggal. Kami sayang anda. Kami akan kembali. Semoga menjalani kehidupan yang baik. Kami akan berjumpa dengan anda tidak lama lagi.” kata Trump kepada para penyokong sebelum penerbangan ke Florida.

Marine One kemudian bergerak dengan perlahan dan berlepas sambil lagu klasik Frank Sinatra “My Way” dimainkan menerusi alat pembesar suara.

Trump, 74 tahun, mengucapkan selamat tinggal beberapa jam sebelum Joe Biden mengangkat sumpah jawatan. Beliau adalah presiden pertama sejak Andrew Johnson yang tidak akan menghadiri upacara angkat sumpah jawatan bagi presiden baru.

Trump kini mencipta nama yang unik dalam sejarah – sebagai satu-satunya presiden yang didakwa sebanyak dua kali.

Meskipun beliau sudah meninggalkan Rumah Putih, Senat akan mengadakan proses perbicaraan berhubung tuduhan dakwaan yang diusulkan oleh Wakil Dewan Democrat.

Trump disifatkan sebagai ancaman terhadap demokrasi setelah para penyokongnya menyerbu dan merusuh di bangunan Capitol.

Hasil keputusan tersebut akan menentukan sama ada beliau akan dilarang daripada bertanding lagi dalam pilihan raya presiden.

Related posts

Leave a Comment