35 kluster pengebumian, tahlil

KOTA KINABALU 20 Jan. – Dua kluster baharu dilaporkan hari ini termasuk Kliater Balibata melibatkan majlis pengebumian dan tahlil.

Kluster ini melibatkan tiga kes baharu di Beaufort dan Sandakan menjadikan jumlah kumulatif 35 kes.

Kes indeks dikesan semasa saringan merentas negeri balik ke Semenanjung dari Sabah pada 11 Januari 2021 yang telah menghadiri pengebumian dan majlis tahlil arwah ibunya di Kg Balibata, Beaufort.

Saringan kontak rapat pula mendapati 34 lagi individu positif termasuk empat ahli keluarga di Sandakan. Aktiviti saringan masih giat dijalankan.

Satu lagi Kluster KKIP Selatan melibatkan tujuh kes baharu di Kota Kinabalu dengan jumlah kumulatif 14 kes.

Kes indeks dikesan melalui kes saringan individu bergejala pada 11 Januari 2021 di klinik kesihatan swasta dan merupakan individu bukan warganegara yang bekerja di kilang pembuatan mi. Saringan tempat kerja dan kontak rapat mendapati 13 lagi kes positif.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 406 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 45,008 kes..

Tiga kes kematian direkodkan hari ini, iaitu dua kes di Sandakan dan satu kes di Kota Kinabalu..

Hari ini seramai 416 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 40,549 orang.

Sejumlah 2,926 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 808 orang di hospital, 2,108 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) dan 10 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.

Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 84 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daripada 406 kes yang dicatatkan, sebanyak 264 kes (65.02%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 77 kes (18.97%), saringan kluster baharu dan sedia ada 20 kes (4.93%), saringan pelajar masuk asrama tujuh (7) kes (1.72%), saringan tempat kerja enam (6) kes (1.48%) dan 32 kes (7.88%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital Covid-19 adalah sebanyak 1,081 unit. Manakala, di PKRC Awam pula berjumlah 4,634 unit. Jumlah katil di PTS/penjara pula kekal 1,100 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,815 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 42.93%.

Related posts

Leave a Comment