40 kes baharu di Singapura

SINGAPURA melaporkan 40 kes jangkitan positif Covid-19 setakat tengah hari Rabu, 20 Januari menjadikan jumlah kes meningkat kepada 59,197.

Daripada jumlah itu, empat kes jangkitan tempatan dan 36 kes import dan diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.

Tiada kes jangkitan dilaporkan di dormitori pekerja asing.

Sementara itu Menteri Pendidikan Lawrence Wong berkata, lebih banyak kes jangkitan dalam masyarakat berlaku sejak beberapa hari kebelakangan ini.

“Kami sedang memantau situasi ini dengan teliti dan menimbangkan jika langkah-langkah tambahan perlu bagi memastikan jangkitan dapat terus dikawal,” katanya.

Sejak 13 Januari , tujuh kes jangkitan tempatan dikaitkan dengan sebuah unit K-9 polis.

Pada Selasa (19 Januari ), dua daripada kes baharu Covid-19 yang dilaporkan dalam masyarakat dikaitkan dengan seorang pekerja pemprosesan makanan di Golden Bridge Foods Manufacturing yang diuji positif pada minggu lalu, sekali gus membentuk sebuah kelompok jangkitan yang baharu.

Related posts

Leave a Comment