Hospital Jerman hampir penuh

BERLIN: Hospital di Jerman kini semakin mencecah kapasiti penuh apabila hampir 4,000 pesakit Covid-19 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Dilaporkan Tentera Udara Jerman juga telah menyediakan dua pesawat Medevac khusus bagi membawa pesakit yang memerlukan rawatan ICU ke kawasan yang mempunyai katil yang tersedia.

Pada Khamis, sebuah helikopter dilihat membawa pesakit ICU dari timur Jerman, Thuringia ke hospital yang terletak di Hannover kerana dipercayai tiada kekosongan katil untuknya.

Menurut laporan media, Saxony menjadi negeri pertama di Jerman yang merekodkan jumlah kes mingguan melebihi 1,000 bagi setiap 100,000 penduduk.

Setakat ini , 68.1 peratus daripada 83 juta penduduk Jerman telah diberi vaksin sepenuhnya, jauh di bawah paras minimum 75 peratus yang disasarkan kerajaan.

Related posts

Leave a Comment