16 kluster baharu

1. KLUSTER TAPAK BINA JALAN ABDUL AZIZ

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Jalan Dato Abdul Aziz, Seksyen 19, Petaling Jaya. Sehingga 20 Januari, sejumlah 172 individu disaring, di mana 56 kes dikesan positif.

2. KLUSTER BESTARI RANTAU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak di Taman Bestari, Rantau Panjang, Klang. Sehingga 20 Januari, sejumlah 80 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

3. KLUSTER JALAN SEJAHTERA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah pasar raya yang terletak berdekatan dengan Jalan Sejahtera. Sehingga 20 Januari, sejumlah 93 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

4. KLUSTER TAPAK BINA JALAN DIGITAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor dan Hulu Terengganu, Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-141497) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Januari 2021. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di Tapak Bina Jalan Digital yang terletak di Taman Perindustrian Kulai, Bukit Batu, Kulai. Sehingga 20 Januari, sejumlah 120 individu disaring, di mana 48 kes dikesan positif.

5. KLUSTER JALAN NIAGA

Kluster ini melibatkan daerah Kota Tinggi dan Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-157463) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada tempat di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Niaga, Kota Tinggi. Sehingga 20 Januari, sejumlah 91 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

6. KLUSTER TAMPOI LIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat di Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Jalan Tampoi, Johor. Sehingga 20 Januari, sejumlah 53 individu disaring, di mana 26 kes dikesan positif.

7. KLUSTER JALAN SEROJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-143603) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang yang tinggal di Jalan Pekeliling Seroja, Kawasan Perindustrian I-Park, Bandar Indahpura, Kulai. Sehingga 20 Januari, sejumlah 881 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

8. KLUSTER JALAN KKIP SELATAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-149138) dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada kilang tempat kerja kes indeks yang terletak di KKIP Selatan, Sepanggar, Kota Kinabalu. Sehingga 20 Januari, sejumlah 125 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

9. KLUSTER KAMPUNG BALIBATA

Kluster ini melibatkan daerah Beaufort dan Sandakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-138593) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan sebelum rentas negeri. Kluster ini melibatkan majlis pengebumian dan kenduri tahlil di Kampung Balibata, Beaufort. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 35 individu disaring, di mana kesemua kes dikesan positif.

10. KLUSTER SUNGAI IBOR

Kluster ini melibatkan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-168224) dilaporkan positif Covid-19 pada 20 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri dari Johor. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar di sebuah institusi latihan awam yang terletak di Kampung Sungai Ibor, Pedas. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 138 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

11. KLUSTER BATU ENAM

Kluster ini melibatkan daerah Batang Padang, Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-147149) dilaporkan positif Covid-19 pada 14 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada tempat di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Orang Asli Batu Enam, Batang Padang. Sehingga 20 Januari, sejumlah 41 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

12. KLUSTER PERSIARAN TASEK

Kluster ini melibatkan daerah Batang Padang, Kinta, dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-150527) merupakan kes Influenza Like Illness (ILI) dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Januari 2021. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang di Persiaran Tasek, Tasek Industrial Estate, Ipoh. Sehingga 20 Januari , sejumlah 181 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif .

13. KLUSTER TAPAK BINA BUKIT SEBUKOR

Kluster tempat kerja ini melibatkan sebuah tapak binaan di daerah Melaka Tengah, Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-165293) dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Bukit Sebukor, Melaka Tengah. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 113 individu disaring, di mana 28 kes dikesan positif.

14. KLUSTER JALAN USAHA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-161674) dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada tempat kerja kes indeks iaitu di Jalan Usaha, Kawasan Perindustrian Ayer Keroh, Melaka. Sehingga 20 Januari, sejumlah 196 individu disaring, di mana 36 kes dikesan positif.

15. KLUSTER SAWMILL LUIT

Kluster ini melibatkan daerah Maran dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-147323) p dilaporkan positif Covid-19 pada 14 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Pekan Sawmill Luit, Maran. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 48 individu disaring, di mana 19 kes dikesan positif.

16. KLUSTER BUKIT GELUGOR

Kluster ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-144153) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti rumah kediaman kes indeks iaitu di Bukit Gelugor, Beserah, Kuantan. Sehingga 20 Januari 2021, sejumlah 102 individu disaring, di mana 22 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment