12,586 kes baharu Indonesia

JAKARTA 20 Jan. – Indonesia terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan baharu Covid-19 selepas merekodkan 12,586 kes baharu dalam tempoh 24 jam, berbanding jumlah yang direkodkan semalam sebanyak 10,365.

Menurut data yang dikeluarkan pemerintah Indonesia, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 939,948.

Pada masa yang sama 267 lagi pesakit meninggal dunia, menjadikan jumlah kumulatif kematian kini 26,857 orang.

Sebanyak 9,755 pesakit dilaporkan sembuh sementara kes aktif 149,388 orang

Lebih 70,000 lagi kes dikategorikan sebagai suspek kes Covid-19.

Untuk rekod, kes Covid-19 sudah merebak di semua wilayah di Indonesia, dari Aceh hingga Papua. Terdapat 510 daerah dan kota dari 34 wilayah yang mencatat kes jangkitan virus korona itu, sekali gus bermakna penularannya sudah terdapat di lebih dari 99 peratus wilayah Indonesia.

Related posts

Leave a Comment