100 juta vaksin 100 hari Presiden

NEW YORK: Matlamat bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden untuk menyuntik 100 juta dos vaksin Covid-19 dalam tempoh 100 hari pertama beliau menyandang jawatan presiden “benar-benar boleh dicapai”, kata pakar penyakit berjangkit yang juga pernah menasihati Presiden Donald Trump.

Fauci yang dilantik sebagai ketua penasihat presiden Biden bagi Covid-19 berkata, kebolehlaksanaan matlamatnya sangat jelas, tidak ada keraguan sama sekali.

“Ia boleh dicapai,” kata Fauci, dalam rancangan “Meet the Press” terbitan agensi berita NBC.

Biden sebelum ini menegaskan pentadbirannya akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan 100 juta suntikan menjelang berakhirnya 100 hari pertama sebagai Presiden AS.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Persekutuan, 31.1 juta dos sudah dihantar sejauh ini, bagaimanapun kurang daripada 40 peratus (12.2 juta) sudah diberikan.

Pada awal Disember, para pegawai pentadbiran meramalkan 20 juta orang akan menerima dos pertama daripada rejim dua dos suntikan itu pada hujung bulan ini.

Beberapa wilayah, termasuk New York, sudah memberi amaran bahawa ia mungkin akan kehabisan bekalan vaksin seawal minggu depan disebabkan oleh kekurangan pada penghantaran yang diselaraskan oleh pemerintah persekutuan.

Situasi ini berlaku ketika wilayah-wilayah berusaha untuk mempercepatkan proses vaksinasi.

Related posts

Leave a Comment