38 kes baharu Covid-19 di Singapura

SINGAPURA 13 Jan. – Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura melaporkan 38 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini.

Satu kes dikesan di asrama pekerja asing, yang pertama sejak 15 Disember. Tiada kes baharu dilaporkan dalam masyarakat.

Sebanyak 37 kes import dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Related posts

Leave a Comment