2,985 kes baharu, 4 kematian

PUTRAJAYA 13 Jan. – Malaysia mencatatkan 2,985 jangkitan baharu pandemik Covid-19 bagi tempoh 24 jam dan menjadikan angka kumulatif kini sebanyak 144,518 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, terdapat dua kes import yang menerima jangkitan daripada luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 32,377 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, terdapat pertambahan empat kes kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 563 kematian.

Setakat ini, 197 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 79 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula mencatatkan peningkatan sebanyak 994 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini sebanyak 111,578 kes.

Related posts

Leave a Comment