175 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 13 Jan. – Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan 165 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 364,271 kes.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 156 pesakit dilaporkan sembuh dan ini menambah jumlah pesakit pulih kepada 356,013 kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 6,304 kes apabila empat lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia manakala kes aktif 1,954 dengan 307 kritikal.

Wilayah Timur Saudi merekodkan kes jangkitan tertinggi hari ini iaitu 45 kes, diikuti  Riyadh dan Makkah masing-masing 43 kes dan wilayah Madinah sembilan kes.

Related posts

Leave a Comment