Kluster majlis kahwin di NS

PUTRAJAYA 13 Jan. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 11 lagi kluster baharu Covid-19 hari ini, termasuk melibatkan kluster di sebuah pusat dialisis di Melaka dan penganjuran majlis perkahwinan di Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sembilan kluster lain dikesan masing-masing dua di Selangor dan Kuala Lumpur, tiga di Johor dan masing-masing satu di Kelantan dan Kedah.

Beliau berkata kluster di Melaka iaitu Kluster Dialisis Malim dikesan di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah melibatkan kes indeks (kes ke-130982) yang dilaporkan positif pada 8 Jan hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk kepada lokaliti kes-kes dalam kluster ini dilaporkan iaitu di sebuah pusat dialisis yang terletak di Jalan Malim, Balai Panjang, Melaka dan sehingga kini, 75 individu telah disaring dengan 13 kes positif dikesan.

Di Negeri Sembilan, Kluster Kampung Tengah membabitkan majlis perkahwinan dikesan di daerah Seremban melibatkan kes indeks (kes ke-127016) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 Januari hasil saringan individu bergejala.

Related posts

Leave a Comment