Tok Pa positif Covid-19

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada hari ini, Ahad..

Ahli Parlimen Jeli itu telah menjalani saringan Covid-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi Sabtu

Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan pada pukul 10.30 malam tadi untuk pemantauan dan keadaannya stabil.

Related posts

Leave a Comment