1,755 kes, 2 kematian

PUTRAJAYA 6 Nov. – Kes jangkitan Covid-19 terus mencatatkan empat digit dalam tempoh 24 jam dengan merekodkan 1,755 kes.

Dengan jangkitan harian tertinggi setakat ini sejak pandemik itu melanda negara jumlah kumulatif terikini adalah 38,189 kes manakala kes aktif 11,530.

Daripada jumlah berkenaan, 1,752 merupakan kes penularan tempatan manakala tiga kes import.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM), kes jangkitan baharu harian tertinggi direkodkan di Sabah dengan 1,199 kes manakala Pulau Pinang 192 kes.

Selangor pula, mencatatkan angka tiga digit dengan rekod 164 kes baharu dan 59 kes di Labuan.

Sebanyak dua kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah kematian kumulatif terikinii  279 kes manakala 83 kes dirawat di unit rawatan rapi dan 32 mendapat bantuan pernafasan.

jumlah pesakit yang pulih dan discaj pada Jumaat ialah seramai 726 orang.

Sebanyak 741 kes (42.2 peratus) adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS).

Sementara itu, tiga kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Mampulut, Kluster Fores dan Kluster Rengas.

Kluster Mampulut dikesan melibatkan daerah Keningau di negeri Sabah sementara Kluster Fores melibatkan daerah Petaling, Gombak dan Klang di negeri Selangor serta daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kluster Rengas pula melibatkan daerah Kuala Kangsar di negeri Perak.

Related posts

Leave a Comment