Mencecah 3,000 kes

PUTRAJAYA 7 Jan. – Kes jangkitan Covid-19 masih empat angka tetapi berlaku lonjakan dengan catatan 3,027 kes tertinggi setakat ini selepas 2,593 kes pada 6 Januari lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 3,021 merupakan penularan dalam negara sementara baki enam jangkitan adalah kes import.

Lonjakan kes tertinggi itu menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara kini meningkat kepada 128,465.

Susulan itu, Malaysia buat pertama kalinya mencatatkan jumlah kes aktif melebihi 25,000 yang mana sejumlah 25,742 kes disahkan setakat ini.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, Kementerian Kesihatan merekodkan lapan kematian baharu dan kini menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 kini bertambah kepada 521.

Sementara itu, jumlah kes sembuh baharu turut menunjukkan peningkatan dengan 2,145 lagi disahkan pulih dan menjadikan kesemua kes sembuh kini meningkat kepada 102,723.

Ketika ini juga 142 kes sedang dirawat di ICU di mana 63 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment