Thailand mula tambah kes

BANGKOK 4 Jan. – Thailand yang sebelum ini agak perlahan merekodkan kes positif Covid-19 hari ini mencatatkan 745 kes baharu di mana 709 adalah jangkitan tempatan menjadikan jumlah keseluruhan kes 8,439. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), satu kematian juga dilaporkan menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia setakat jnj akibat wabak itu seramai 65 orang. Kes terbaru kematian itu melibatkan seorang lelaki berusia 56 tahun dari Bangkok yang mempunyai sejarah perjalanan ke wilayah Samut Sakhon yang mula tercetus wabak itu di sana pada pertengahan bulan lalu. Mangsa juga mempunyai masalah kesihatan dan meninggal…

Read More

Arab Saudi catat 94 kes baharu

RIYADH 4 Jan. – Selepas merekodkan 82 kes jangkitan positif Covid-19 semalam, Arab Saudi hari ini masih mengekalkan rekod di bawah 100 kes apabila mencatatkan 94 kes baharu. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan tambahan 94 kes itu, jumlah keseluruhan kes ketika ini adalah 363,155 kes dengan jumlah kes aktif 2,290 di mana 347 kes kritikal. Jumlah kematian pula turut meningkat dengan 10 lagi pesakit meninggal dunia dan menjadikan jumlah kumulatif 6,256 kematian. Sebanyak 166 kes pulih dilaporkan dalam tempoh 24 jam sekaligus menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 354,609 atau 97.64…

Read More

6,753 kes baharu Indonesia

INDONESIA merekodkan 6,753 kes baharu Covid-19 pada hari ini, 4 Januari 2021 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 772,103. Pada masa yang sama sebanyak 177 lagi pesakit disahkan meninggal dunia  dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 22,911 kematian. Kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 7,166 lagi pesakit  dilaporkan pulih yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sembuh 639,103. Kes aktif pula sebanyak 110,089. Sementara itu, kes jangkitan terbanyak direkodkan Jakarta iaitu 1,832, Jawa Barat 1,079, Jawa Tengah 1,037, Jawa Timur 709 dan Sulawesi Selatan 510. Jakarta juga merekodkan kes jangkitan…

Read More

959 kes baharu di Filipina

FILIPINA merekodkan 959 kes baharu positif Covid-19 hari ini, peningkatan kes berbanding 891 yang dilaporkan semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 478,761 kes. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), enam lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 9,263 kematian. Bagi kes sembuh pula, DoH melaporkan 26 lagi pesakit disahkan sembuh dan setakat ini 448,279 orang pesakit telah pulih. Sementara itu kes aktif pula adalah 21,219 atau 4.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

24 kes baharu di Singapura

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan mengesahkan  24 kes baharu  Covid-19 di Singapura setakat tengah hari Isnin (4 Januari ), Kesemuanya kes import dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah atau diasingkan setiba mereka di Singapura Antara kes baru hari ini termasuk seorang warga Singapura dan 15 pembantu rumah asing. Tiada kes baharu  dikesan dalam masyarakat mahupun di dormitori pekerja asing.  

Read More

Sabah catat 303 kes baharu

KOTA KINABALU 4 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, merekodkan 303 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 38,172 kes. Tiga kematian direkodkan iaitu masing-masing satu kes di daerah Tawau, Keningau dan Lahad Datu. Pada hari ini, seramai 147 pesakit telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,530 orang. Sejumlah 1,971 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 665 orang di hospital dan 1,306 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 52 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Daerah Tongod bertukar dari zon hijau…

Read More

231 kluster aktif dipantau

PUTRAJAYA 4 Jan. –  Sebanyak 537 kluster termasuk lima kluster baharu pada hari ini direkodkan setakat ini dengan 306 daripadanya telah tamat. Enam yang turut tamat hari ini adalah Kluster Batu Sembilan, Kluster Saguking, Kluster Monsoon, Kluster Buntar, Kluster Sky Coklat, dan Kluster Gading. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 231 daripada jumlah tersebut, sebanyak 50 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Duyong (95 kes), Kluster Jalan Perindustrian (81 kes) dan Kluster Hentian (73 kes). Sementara…

Read More