959 kes baharu di Filipina

FILIPINA merekodkan 959 kes baharu positif Covid-19 hari ini, peningkatan kes berbanding 891 yang dilaporkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 478,761 kes.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), enam lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 9,263 kematian.

Bagi kes sembuh pula, DoH melaporkan 26 lagi pesakit disahkan sembuh dan setakat ini 448,279 orang pesakit telah pulih.

Sementara itu kes aktif pula adalah 21,219 atau 4.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment