Selangor, Sabah, Johor dahului

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 673 kes (39.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 509 kes (75.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 316 kes (18.5 peratus) dan Johor sebanyak 179 kes (10.5 peratus).

Sebanyak 74 kes (4.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (56 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (7 kes), Kluster Tembok Choh (5 kes), Kluster Tembok Gajah (3 kes), Kluster Tembok (2 kes), dan Kluster Kolam Air (1 kes).

 


Selangor

232 kluster sedia ada

27 kluster baharu (Tapak Bina Perdana Avenue & Osmo Jaya)

250 saringan kontak rapat

163 lain-lain saringan

1 import

Sabah

13 kluster sedia ada

6 kluster baharu (Lintas Seraya)

227 saringan kontak rapat

70 lain-lain saringan

Johor

49 kluster sedia ada

41 kluster baharu (Belati, Wawasan Gading & Rengit Sentral)

44 saringan kontak rapat

45 lain-lain saringan

Related posts

Leave a Comment