6,877 kes baharu Indonesia

JAKARTA 3 Jan. – Indonesia terus merekodkan pertambahan kes jangkitan Covid-19 apabila 6,877 kes dilaporkan hari ini. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes di Indonesia kini meningkat kepada 765,350 kes dengan kes aktif 133,413. Jumlah kematian turut meningkat dengan 179 kes menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia adalah 22,734. Kes sembuh turut menunjukkan peningkatan dengan 6,419 disahkan sembuh yang menjadikan jumlah kumulatif sembuh 631,937.

Read More

Arab Saudi catat 82 kes positif

RIYADH 3 Jan. – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan apabila merekodkan di bawah 100 iaitu 82 kes seperti dilaporkan hari ini menjadikan 363,061 kes. Kementerian Kesihatan juga merekodkan tujuh kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 6,246 kematian sementara kes aktif pula 2,372, di mana 358 kritikal. Sebanyak 180 kes dilaporkan pulih dan ini membawa kepada 354,443 pesakit sembuh atau 97.57 peratus daripada jumlah kes. Riyadh merekodkan kes baharu paling tinggi dengan 35 kes diikuti Makkah 24 dan wilayah Timur tujuh kes. Sementara itu Arab…

Read More

316 kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 3 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 316 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 37,869 kes dengan dua kematian direkodkan iaitu masing-masing  di daerah Penampang dan Lahad Datu. Pada hari ini, 229 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif 35,383 orang manakala 1,752 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 643 orang di hospital dan 1,109orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 55 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Sementara itu daerah Pitas dan Kota Marudu bertukar dari zon kuning ke zon jingga,…

Read More

Sembilan kluster baharu

PUTRAJAYA 3 Jan. – Sembilan kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan 532 kluster direkodkan setakat ini di mana sebanyak 300 kluster tamat termasuk enam yang tamat hari ini iaitu Kluster Sungai Cincin, Kluster Tempasuk, Kluster Jalan Tuaran, Kluster Gangsa, Kluster Plaza, dan Kluster Teluk. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 232 kluster dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 59 melaporkan pertambahan kes pada hari ini termasuk Kluster Kebun Baru (89 kes), Kluster Beringin (82 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (56 kes), dan Kluster Sungai Putus (56 kes). Sembilan…

Read More

Selangor, Sabah, Johor dahului

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 673 kes (39.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 509 kes (75.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 316 kes (18.5 peratus) dan Johor sebanyak 179 kes (10.5 peratus). Sebanyak 74 kes (4.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (56 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (7 kes), Kluster Tembok Choh (5 kes), Kluster Tembok Gajah (3…

Read More

1,704 kes baharu, 11 kematian

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Kekal empat angka untuk hari ketiga tahun baharu apabila 1,704 kes positif Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 119,077 dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 21,365 kes.   Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,699 kes. Beliau turut memaklumkan sejumlah 11 kematian direkodkan hari ini membabitkan 10 rakyat tempatan dan seorang bukan warganegara berumur lingkungan 53 hingga 77 tahun, yang terdiri daripada tujuh lelaki dan empat perempuan.…

Read More

15 kes import baharu di Brunei

BRUNEI DARUSSALAM merekodkan 15 kes import baharu positif Covid-19 hari ini, 3 Januari 2021 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 172 kes sejak pandemik itu dilaporkan pada 9 Mac lalu. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar memaklumkan, kes import itu adalah sebahagian daripada 81 penumpang yang tiba dari London pada 21 Disember lalu dengan Penerbangan Diraja Brunei BI004. Kes 165 mula memgalami sakit tekak pada 31 Disember sementara kes lain tidak mengalami sebarang tanda jangkitan. Bercakap pada sidang media mengenai situasi Covid-19 petang ini, beliau berkata,  pengesanan kontak sedang giat dijalankan. Ketika ini…

Read More

35 kes import di Singapura

SINGAPURA terus mencatatkan kes import apabila kesemua 35 kes baharu  Covid-19 yang direkodkan hari ini adalah mereka yang tiba di negara itu. Menurut Kementerian Kesihatan, kesemua kes import itu diletak di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya mereka di Singapura. Enam daripada mereka adalah warga Singapura atau penduduk tetap (PR) manakala tujuh pembantu rumah asing. Setakat tengah hari Ahad 3 Januari, jumlah jangkitan koronavirus itu di sini berjumlah 58,697.

Read More