Sembilan kluster baharu

PUTRAJAYA 3 Jan. – Sembilan kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan 532 kluster direkodkan setakat ini di mana sebanyak 300 kluster tamat termasuk enam yang tamat hari ini iaitu Kluster Sungai Cincin, Kluster Tempasuk, Kluster Jalan Tuaran, Kluster Gangsa, Kluster Plaza, dan Kluster Teluk.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 232 kluster dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 59 melaporkan pertambahan kes pada hari ini termasuk Kluster Kebun Baru (89 kes), Kluster Beringin (82 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (56 kes), dan Kluster Sungai Putus (56 kes).

Sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah:

  • KLUSTER LINTAS SERAYA

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108849) dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 42 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA PERDANA AVENUE

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 30 Disember 2020 hasil saringan bersasar yang dilakukan ke atas pekerja sebuah tapak binaan. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 783 individu disaring, di mana 202 kes dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER OSMO JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 15 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 188 individu disaring, di mana 46 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BELATI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, dan Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108193) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 277 individu disaring, di mana 44 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER WAWASAN GADING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-84752) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 14 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 175 individu disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER RENGIT SENTRAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi, Kluang, dan Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106476) dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Disember 2020 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 141 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER MANIK

Kluster ini melibatkan daerah Kuala Krai di Kelantan dan daerah Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106678) merupakan kes Influenza-like Illness (ILI) yang telah dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Disember 2020. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 168 individu disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PALOH TUMPAT

Kluster ini melibatkan daerah Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-112986) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 31 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER STUTONG

Kluster ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115005) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Januari  2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana lima (5) kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment