35 kes import di Singapura

SINGAPURA terus mencatatkan kes import apabila kesemua 35 kes baharu  Covid-19 yang direkodkan hari ini adalah mereka yang tiba di negara itu.

Menurut Kementerian Kesihatan, kesemua kes import itu diletak di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya mereka di Singapura.

Enam daripada mereka adalah warga Singapura atau penduduk tetap (PR) manakala tujuh pembantu rumah asing.

Setakat tengah hari Ahad 3 Januari, jumlah jangkitan koronavirus itu di sini berjumlah 58,697.

Related posts

Leave a Comment