JOE BIDEN secara rasmi adalah Presiden Amerika Syarikat yang baharu apabila kemenangannya disahkan pada Isnin oleh Undi Elektoral (Electoral College) dengan 302 undian memihak kepada beliau, ketika Donald Trump masih enggan mengaku kalah. Susulan itu, Biden dalam ucapannya menggambarkan kejayaan itu sebagai satu kemenangan terhadap demokrasi buat Amerika. “Sekali lagi di Amerika, kedaulatan undang-undang, perlembagaan dan mandat rakyat telah menang. “Demokrasi kita – ditekan, diuji, diancam – dibuktikan bertahan, benar dan kukuh,” tegas Biden dalam ucapannya di Wilmington, Delaware. Walaupun undian pada Isnin lazimnya hanya menjadi formaliti, keputusan itu memberi…
Read MoreYear: 2020
Sabah catat 260 kes baharu
KOTA KINABALU 15 Dis.- Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, melaporkan 260 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 33,371 kes dengan tiga kematian di daerah Sandakan. .Pada hari ini, seramai 400 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 30,283 orang. Sejumlah 2,192 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 603 orang di hospital dan 1,589 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 60 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Daripada 260 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 139 kes…
Read More189 kluster masih aktif
SETAKAT 15 Disember 2020, terdapat 418 kluster dilaporkan. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 229 kluster termasuk dua kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Istimewa dan Kluster Sepanggar di Sabah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 189 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 55 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela (568 kes), Kluster Tembok (99 kes), dan Kluster Tapak Bina Rimbun (27 kes).
Read MoreKuala Lumpur mendahului
WILAYAH Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 696 kes (39.3 peratus) di mana 567 kes (81.5 peratus) adalah dari Kluster Tapak Bina Damanlela yang melibatkan generasi kelima dan keenam. Kes kedua tertinggi mengikut negeri ini adalah dari negeri Selangor sebanyak 503 kes (28.4 peratus) dan diikuti dengan Sabah sebanyak 260 kes (14.7 peratus). Sebanyak 120 kes (6.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (99 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (15 kes), dan Kluster Bakti (6 kes).
Read MoreKes jangkitan kini 86,618
Status Terkini #COVID19, 15 Dis 2020 Kes sembuh=1,084 Jumlah kes sembuh=71,681 kes Kes baharu positif=1,772 kes (1,760 tempatan, 12 import) Jumlah positif=86,618 kes Kes kematian=3 Jumlah kes kematian=422 kes Kes dirawat di ICU=118 kes Bantuan Alat Pernafasan=56 kes
Read MoreUngku Aziz meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Tokoh pendidikan dan ekonomi tersohor negara Prof Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid yang meninggal dunia pada Selasa (15 Dis) ibarat satu dalam sejuta, satu kehilangan yang tiada galang gantinya. Allahyarham, yang lebih mesra dipanggil Pak Ungku, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 4.00 petang pada usia 98 tahun di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara kerana sakit tua. Berita kematian Prof Ungku Aziz menyentuh perasaan banyak pihak, terutamanya Universiti Malaya, yang begitu sinonim dengan Allahyarham. Menerusi laman sosial Facebook rasmi, universiti itu menyifatkan pemergian Prof Ungku…
Read MoreMi kuah atau mi rebus
PAGI ini menyorok mi kuah atau mi rebus. Lokasi di Pasar Seberang Jaya, Seberang Perai. Di sini ada juga nasi lemuni, nasi lemak dan kuih muih. Mi kuah ini cukup ramuannya. Ada telur, ada daging, ada ubi kentang, ada tomato . Cuma tidak ada cucur udang bagi kebiasaan mi rebus di Penang.
Read MoreMedia Hari Ini 15.12.2020
Kes di Arab Saudi turun
RIYADH 14 Dis. – Arab Saudi terus merekodkan penurunan kes jangkitan Covid-19 apabila jumlah kes yang direkodkan hari ini 125, angka terendah berbanding 139 semalam serta 166 (12 Dis.), 168 (11 Dis) dan 141 (10 Dis.) Menurut Kementerian Kesihatan, ini menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan adalah 360,013 manakala 11 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 6,059. Bagi tempoh 24 jam juga, sebanyak 243 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 350,792 kes manakala kes aktif pula sebanyak 3,162 di mana 493 kritikal. Sementara itu, semua…
Read MoreKes naik di Indonesia, Thailand
KEMENTERIAN Kesihatan Indonesia melaporkan 5,489 lagi kes baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam (12 tengah hari Ahad hingga 12 tengah hari Isnin) menjadikan jumlah kumulatif jangkitan positif meningkat kepada 623,309 kes. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 137 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kematian akibat virus itu meningkat kepada 18,956 kes. Sementara itu jumlah pesakit pulih meningkat kepada 510,957 orang termasuk 5,121 yang dilaporkan sembuh hari ini. Jakarta terus mencatatkan jumlah tertinggi jangkitan dengan 1,506 kes baharu menjadikan keseluruhan jangkitan kes di bandar raya itu 154,005 kes. Sementara itu,…
Read More