Sabah catat 260 kes baharu

KOTA KINABALU 15 Dis.- Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, melaporkan 260 kes  baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 33,371 kes dengan tiga kematian di daerah Sandakan. .Pada hari ini, seramai 400 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 30,283 orang.

Sejumlah 2,192 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 603 orang di hospital dan 1,589 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 60 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daripada 260 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 139 kes (53.5%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 15 daerah, 52 kes (20%) dari saringan kluster-kluster sedia ada, saringan bergejala 34 kes (13.1%), saringan komuniti 8 kes (3%) dan 27 kes (10.4%) adalah dari lain-lain kategori.

Related posts

Leave a Comment