SETAKAT 15 Disember 2020, terdapat 418 kluster dilaporkan. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 229 kluster termasuk dua kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Istimewa dan Kluster Sepanggar di Sabah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 189 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 55 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Damanlela (568 kes), Kluster Tembok (99 kes), dan Kluster Tapak Bina Rimbun (27 kes).
189 kluster masih aktif
