Tiga kluster baharu

PUTRAJAYA 17 Dis. – Sebanyak 429 kluster telah dilaporkan sehingga 17 Disember termasuk tiga kluster baharu pada hari ini.

Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 236 termasuk enam (6) yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Benteng PK, Kluster Kapas BJ, Kluster Garden, Kluster Bah Tropicana, Kluster Bah Bercham dan Kluster Mentari.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 193 dan daripada  jumlah tersebut, sebanyak 41 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (98 kes), Kluster Jalan Rusa (57 kes), dan Kluster Bintang (50 kes).

Sementara itu tiga kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah:

  • KLUSTER JALAN RUSA

Kluster ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 melalui saringan komuniti di sebuah kawasan kediaman bermula awal Disember 2020. Saringan ini dijalankan selepas satu kes positif dikesan dalam kalangan penduduk pada penghujung bulan November 2020. Sehingga 17 Disember 2020, sejumlah 1,267 individu disaring, di mana 129 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA PASIFIK

Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula 12 Disember melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 17 Disember, sejumlah 159 individu disaring, di mana 17 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MARINGKAN

Kluster ini melibatkan daerah Telupid dan Ranau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-70580) dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 17 Disember 2020, sejumlah 93 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment