Kes harian di Saudi 180

RIYADH 17 Dis. – Arab Saudi merekodkan 180 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 360,335.

Menurut Kementerian Kesihatan dalam tempoh 24 jam, sebanyak 11 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan 6,080 kematian.

Bagi tempoh yang sama, 199 kes pulih dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 351,192 kes.

Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 53 kes diikuti wilayah Makkah 32 kes dan wilayah Madinah 30 kes.

Kes aktif pula adalah 3,063 dengan 463 kes kritikal

Related posts

Leave a Comment