Seri Paduka dikuarantin 7 hari

SERI Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu pada pagi hari ini, 26 Disember 2020.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda dan delegasi mendarat dengan selamat pada pukul 11.00 pagi.

Sejurus keberangkatan tiba, Seri Paduka Baginda menjalani ujian saringan Covid-19 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, berdasarkan ketetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdahulu, Seri Paduka Baginda turut menjalani ujian saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi sebelum berlepas berangkat ke tanah air.

Selesai saringan, Seri Paduka Baginda turut berkenan memakai gelang kuarantin dan akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari seperti yang ditetapkan oleh KKM.

Manakala, delegasi pula akan menjalani kuarantin diri di lokasi yang telah ditetapkan oleh KKM.

Lawatan khas selama lima hari Seri Paduka Baginda ke Abu Dhabi yang berakhir semalam adalah di atas persilaan Putera Mahkota Abu Dhabi Yang Mulia Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

Related posts

Leave a Comment