Singapura 10 kes Filipina 1,406

SINGAPURA 26 Dis. – Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 10 kes baharu Covid-19 hari ini merupakan kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 58,519 kes. Kesemua kes itu yang tidak menunjukkan simptom itu sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura. Dua lelaki Singapura berusia 29 dan 30 tahun yang pulang dari United Kindom (UK) dan dua pemegang Permit Kerja yang tiba dari Bangladesh dan India adalah antara kes import itu. Selain itu terdapat tiga pemegang Pas Tanggungan, melibatkan kanak-kanak berusia…

Read More

163 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 26 Dis. – Arab Saudi merekodkan 163 kes positif jangkitan Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 362,066. Kementerian Kesihatan juga melaporkan lapan lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,176 kematian. Bagi tempoh yang sama, Kementerian mencatatkan 189 orang pesakit sembuh dan ini meningkatkan lagi jumlah pesakit pulih 353,004 atau 97.48 peratus kes. Daripada 163 kes baharu itu Riyadh merekodkan 39 kes, Makkah 34 dan Madinah r 21 dan wilayah Timur 19. Kes aktif pula adalah 2,886 di mana 383 kritikal.

Read More

Indonesia tambah 6,740 kes

JAKARTA 26 Dis. – Indonesia menambah 6,740 lagi kes jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 706,837 dengan jumlah kes aktif 109,150 pesakit yang masih menjalani rawatan.. Bagi tempoh 24 jam juga, jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 20,994 termasuk 147 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini. Manakala pesakit sembuh menunjukkan peningkatan apabila 6,389 pesakit disahkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif 576,693 orang atau 81.6 peratus daripada keseluruhan kes. Jakarta hari ini menambahkan kes jangkitan sebanyak 2,058 kes dan kumulatifnya mencapai 173.929 kes diikuti Jawa Tengah 871 kes, Jawa Timur…

Read More

Thailand catat 110 kes baharu

BANGKOK 26 Dis. – Thailand merekodkan 110 kes baharu melibatkan 64 kes jangkitan tempatan, 30 pekerja asing dan 16 kes import iaitu mereka yang dikuarantin sejurus tiba dari luar negara. Kes pekerja asing itu .dikaitkan dengan pasar makanan laut dan ini menjadikan keseluruhan kes di negara itu sebanyak 6,020 dengan jumlah kematian kekal 60. Daripada 6,020 kes, sebanyak 4,152 atau 69 peratus pesakit sembuh termasuk 15 yang dibenarkan keluar dari hospital, manakala 1,808 masih di hospital. Kes import pula melibatkan ketibaan dari negara Rusia (4), Amerika Syarikat (3), Myanmar (2),…

Read More

Mukim Merah Malaysia

Senarai mukim merah di Malaysia mengikut pergerakan 14 hari (13 Disember – 26 Disember 2020). Selangor (Hulu Klang) dan Johor (Kota Tinggi) mencatatkan pertambahan mukim merah manakala Kuala Lumpur (Bandar Tun Razak), Negeri Sembilan (Seremban), Pahang (Kuala Kuantan 1), Labuan dan Sabah (Silam) mencatatkan penurunan mukim merah. #kkm

Read More

11 lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 26 Dis. – Sebanyak 11 kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan 483 kluster sehingga hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 268 menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 215 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 59 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini termasuk Kluster Tapak Bina Jalan Seng (232 kes), Kluster Tampoi Jaya (218 kes) dan Kluster Penjara Jalan Harapan (156 kes). Sebelas kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah: KLUSTER TAPAK BINA JALAN SENG Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah…

Read More

Kuala Lumpur pula mendahului

KUALA LUMPUR, Selangor dan Johor mendahului negara lain dengan kes jangkitan tertinggi. Bagi Kuala Lumpur, sebanyak 385 kes direkodkan dari kluster sedia ada, 232 kluster baharu (Tapak Bina Jalan Seng), 60 saringan kontak rapat, 41 lain-lain saringan dan 10 kes import. Selangor pula melibatkan 314 kes dari kluster sedia ada, 83 kluster baharu (Plastik Subang dan Jalan Pekasam), 198 saringan kontak rapat, 114 lain-lain saringan dan satu kes import. Johor pula merekodkan 225 kes dari kluster sedia ada, 138 kluster baharu (Sungai Redan dan Pagar Siput), 29 saringan kontak rapat dan 20 lain-lain saringan.

Read More

Catatan kes harian tertinggi

PUTRAJAYA 26 Dis. – Catatan kes harian tertinggi sejak pandemik Covid-19;melanda negara iaitu 2,335 kes berbanding kes trrtinggi sebelum ini iaitu 24 November sebanyak 2,188 kes, 10 Disember 2,234 dan 21 Disember sebanyak 2,018 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan perkembangan ini, jumlah kes positif Covid -19 di Malaysia sebanyak 103,900 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 20,035 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak…

Read More

Makin ramai ingkar arahan

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menghampiri penghujungnya (jika tidak disambung),jumlah individu yang ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat hampir lima kali ganda iaitu 1,002 pada Jumaat berbanding 246 individu pada hari sebelumnya. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah tersebut, seramai 854 individu dikenakan kompaun, manakala 148 individu lagi direman. Daripada jumlah yang ditahan, individu yang terlibat dengan aktiviti pusat hiburan adalah paling tinggi iaitu seramai 687 individu. .Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau berkata selain itu, mereka…

Read More

Jepun juga ada varian baharu

KEMENTERIAN Kesihatan Jepun pada Jumaat 25 Disember mengesahkan kes pertama varian baharu Covid-19 yang mudah berjangkit yang sebelum ini dikesan menular di Britain. Lima individu disahkan positif  selepas menjalani saringan di lapangan terbang sebaik tiba dari Britain antara 18 Disember dan Isnin lalu. Dua daripada mereka  tiba di lapangan terbang, Tokyo dan yang lain di lapangan terbang Kansai dekat Osaka, Seorang daripada individu yang dijangkiti, iaitu lelaki berusia 60 tahun, mengadu kepenatan, manakala empat yang lain tidak bergejala. Menteri Kesihatan Norihisa Tamura dalam satu sidang media berkata kelima-lima individu itu…

Read More