11 lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 26 Dis. – Sebanyak 11 kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan 483 kluster sehingga hari ini.

Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 268 menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 215 kluster.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 59 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini termasuk Kluster Tapak Bina Jalan Seng (232 kes), Kluster Tampoi Jaya (218 kes) dan Kluster Penjara Jalan Harapan (156 kes).

Sebelas kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah:

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN SENG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 25 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 26 Disember, sejumlah 407 individu disaring, di mana 232 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PAGAR SIPUT

Kluster ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100106) dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 26 Disember, sejumlah 200 individu disaring, di mana 129 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PLASTIK SUBANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 23 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 26 Disember, sejumlah 354 individu disaring, di mana 111 kes dikesan positif.

  • KLUSTER HALBAN

Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-98731) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Disember 2020 melalui saringan kontak rapat. Sehingga 26 Disember, sejumlah 99 individu disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif.

  • KLUSTER LIS PUTIH

Kluster ini melibatkan daerah Barat Daya di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-74130) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Disember 2020. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 128 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif

  • KLUSTER SENTOSA RESIDENSI

Kluster ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-98518) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 81 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif.

  • KLUSTER SERAGAM CHEPA

Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu, Bachok dan Tumpat di negeri Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 97386) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 22 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 430 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PAGAR BENTONG

Kluster ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-71314) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan tahanan. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 79 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN ASAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 19 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 26 Disember 2020, sejumlah 713 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif.

  • KLUSTER SUNGAI REDAN

Kluster ini melibatkan daerah Kluang dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-98482) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Disember 2020. Sehingga 26 Disember, sejumlah 93 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SEMAMBU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-89021) bekerja di sebuah pasaraya dan telah dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 26 Disember , sejumlah 47 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment