Singapura 10 kes Filipina 1,406

SINGAPURA 26 Dis. – Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 10 kes baharu Covid-19 hari ini merupakan kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 58,519 kes.

Kesemua kes itu yang tidak menunjukkan simptom itu sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Dua lelaki Singapura berusia 29 dan 30 tahun yang pulang dari United Kindom (UK) dan dua pemegang Permit Kerja yang tiba dari Bangladesh dan India adalah antara kes import itu.

Selain itu terdapat tiga pemegang Pas Tanggungan, melibatkan kanak-kanak berusia satu, tiga dan lapan tahun yang tiba dari India manakala tiga kes adalah pemegang Pas Lawatan Jangka Pendek yang tiba dari Qatar, Indonesia dan India.

MOH juga memaklumkan 10 lagi kes Covid-19 dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Secara keseluruhan, 58,362 pesakit sudah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan jagaan masyarakat.

Ketika ini ada 37 kes yang masih di hospital dengan kebanyakannya dalam keadaan stabil atau semakin pulih. Tiada yang dirawat di unit jagaan rapi.

Sebanyak 91 individu pula diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat kerana mempunyai simptom ringan atau sihat tetapi masih positif Covid-19 secara klinikal.

Sebanyak 29 kematian dicatatkan akibat komplikasi jangkitan Covid-19. 

Sementara itu FILIPINA merekodkan 1,406 kes baharu Covid-19 sehingga pukul 4 petang, 26 Disember menjadikan jumlah kumulatif kes 469,005.dengan kes aktif 28,883.

Menurut Jabatan Kesihatan, sebanyak lima pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada 9,067 kematian.

Kes sembuh pula meningkat kepada 431,055 atau 91.9 peratus daripada keseluruhan kes dengan 266 lagi pesakit sembuh.

Related posts

Leave a Comment