Jepun juga ada varian baharu

KEMENTERIAN Kesihatan Jepun pada Jumaat 25 Disember mengesahkan kes pertama varian baharu Covid-19 yang mudah berjangkit yang sebelum ini dikesan menular di Britain.

Lima individu disahkan positif  selepas menjalani saringan di lapangan terbang sebaik tiba dari Britain antara 18 Disember dan Isnin lalu. Dua daripada mereka  tiba di lapangan terbang, Tokyo dan yang lain di lapangan terbang Kansai dekat Osaka,

Seorang daripada individu yang dijangkiti, iaitu lelaki berusia 60 tahun, mengadu kepenatan, manakala empat yang lain tidak bergejala.

Menteri Kesihatan Norihisa Tamura dalam satu sidang media berkata kelima-lima individu itu menetap di kemudahan yang disediakan dan berkemungkinan tidak menjangkiti orang lain di Jepun

.Susulan itu, Jepun akan memperketatkan sekatan terhadap para pengunjung dari Britain dan Afrika Selatan.

Individu  dari dua negara berkenaan akan diwajibkan menetap di kemudahan disediakan selama tiga hari selepas tiba di Jepun.

Mereka perlu menjalani ujian saringan pada hari keempat dan dikuarantin selama 14 hari, termasuk jika didapati negatif.

Tempahan baharu untuk penerbangan dari Britain akan digantung selama seminggu.

Related posts

Leave a Comment