79.3 juta kes 1.7 juta maut

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini menghampiri 80 juta dengan kematian pula meningkat kepada 1.7 juta orang sehingga pukul 10.30 pagi ini.

Data Johns Hopkins University menunjukkan daripada 79,310,157 kes yang direkodkan, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 18,649,350.

AS juga merekodkan kematian tertinggi iaitu 329,022 daripada jumlah keselurugan kematian global sebanyak 1,741,501.

India di kedudukan kedua tertinggi dengan 10,123,778 kes diikuti Brazil 7,423,945, Rusia 2,934,695, Perancis 2,584,333, United Kingdom 2,195,144, Turki 2,100,712 dan Itali 2,009,317 

Melebihi satu juta kes pula adalah Sepanyol 1,854,951 , Jerman 1,614,336, Argentina 1,563,865, Colombia 1,559,766, Mexico 1,350,079, Poland 1,239,998, Iran 1,183,182 , Ukraine 1,030,125 dan Peru 1,000,153.

Sepuluh buah negara merekodkan lebih setengah juta kes iaitu Afrika Selatan 968,563, Netherlands 743,493, Indonesia 692,838, Czechia 660,461, Belgium 632,321, Romania 608,561, Chile 594,152, Iraq 588,803, Kanada 538,183 dan Bangladesh 506,102.

Sementara itu Filipina merekodkan 465,724 kes, Pakistan 465,070, Switzerland 428,197, Morocco 425,864, Sweden 396,048, Israel 389,678, Portugal 387,636, Arab Saudi 361,725, Austria 347,204, Serbia 316,344, Hungary 311,554.

Lapan negara merekodkan lebih 200,000 kes iaitu Jordan 283,690, Nepal 256,592, Panama 223,674, Georgia 216,843, Jepun 210,744, Azerbaijan 210,061, Ecuador 208,010 dan Croatia 202,319.

Bagi kematian pula, Brazil merekodkan 189,982 kes, kedudukan kedua selepas AS diikuti India 146,756, Mexico 121,172, Itali 70,900, United Kingdom 69,732, Perancis 62,389, Iran 54,308, Rusia 52,434, Sepanyol 49,824.

Argentina 42,314, Colombia 41,454, Peru 37,218, Jerman 29,085, Poland 26,752, Afrika Selatan 25,983, Indonesia 20,589, Turki 19,115, Belgium 18,939, Ukraine 18,057, Chile 16,303, Romania 14,912.

Kanada 14,745, Ecuador 13,977, Iraq 12,744, Netherlands 10,914 dan Czechia 10,776.

Related posts

Leave a Comment