Arab Saudi catat 178 kes

RIYADH 25 Dis. – Arab Saudi merekodkan 178 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 189 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 361,903 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sembilan lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada 6,168 kematian. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 190 kes dilaporkan pulih sekaligus menambah jumlah pesakit sembuh kepada 352,815,atau 97.48 peratus daripada jumlah kes. Kes aktif pula sebanyak 2,920 di mana 376 dilaporkan kritikal. Sementara itu Riyadh merekodkan 44 kes jangkitan diikuti Makkah dan Madinah masing-masing 31 dan wilayah Timur 29.

Read More

81 kes baharu di Thailand

BANGKOK 25 Dis. – Sebanyak 81 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Thailand hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif 5,910 kes dan kematian kekal 60. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kes positif melibatkan 37 jangkitan tempatan, 35 pekerja asing dan sembilan kes import yang melibatkan mereka yang dikuarantin sejurus tiba di negara ini. Sebanyak 26 daripada 37 kes jangkitan tempatan, ada kaitan dengan penyebaran virus di wilayah Samut Sakhon dan 11 lagi dalam siasatan. Setakat ini Covid-19 telah merebak ke sekurang-kurangnya 31 wilayah dan lebih 1,300 kes dilaporkan ada kaitan…

Read More

Kes di Indonesia cecah 700,097

JAKARTA 25 Dis. – Jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 di Indonesia kini mencecah 700,097 apabila 7,259 lagi kes positif direkodkan hari ini. Data Kementerian Kesihatan menunjukkan kes aktif pula adalah sebanyak 108,946 atau 15.6 peratus daripada jumlah kes. Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 meningkat kepada 20,847 termasuk 258 kematian yang dilaporkan hari ini. Bagi pesakit sembuh pula, sebanyak 6,324 pesakit disahkan sembuh dan ini menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 570.304 orang. Daripada 7,259 kes positif hari ini, Jakarta merekodkan 2,096 kes dengan jumlah kumulatif 171,871 kes diikuti…

Read More

Kawalan kendiri jadi amalan

PUTRAJAYA 25 Dis. – Majoriti responden tinjauan amalan norma baharu oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan mereka sentiasa mengamalkan kawalan kendiri bagi pencegahan Covid-19, iaitu memakai pelitup muka (93.3 peratus), menjaga jarak fizikal (89.6 peratus), dan mencuci tangan dengan air serta sabun atau hand sanitizer (89.7%). Bagaimanapun hampir kesemua responden hanya berani menegur ahli keluarga dan kira-kira 80 peratus berani menegur rakan-rakan sementara 56 hingga 59 peratus  tidak berani menegur orang lain berhubung amalan pencegahan yang disenaraikan. Tinjauan amalan norma baharu secara atas talian daripada 25 hingga 30 November 2020 itu melibatkan…

Read More

Lagi empat kluster baharu

PUTRAJAYA 25 Dis. – Sehingga 25 Disember 2020, terdapat 472 kluster dilaporkan termasuk empat kluster baharu hari ini manakala kluster yang tamat pula adalah 268 termasuk enam hari ini iaitu Kluster Tanamera, Kluster Jalan Kalabakan, Kluster Seri Terapi, Kluster Seri Pasir, Kluster Astaka dan Kluster Tembaga. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 204  kluster dan daripada jumlah tersebut, 50 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Gajah (113 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (86 kes), dan Kluster…

Read More

PKPD Asrama Pekerja Westlite

KUALA LUMPUR 25 Dis. – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru bermula 26 Disember sehingga 8 Januari 2021. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di kawasan itu melibatkan 231 unit rumah, dengan anggaran jumlah penghuni seramai 3,116 orang. Jelas beliau, keputusan untuk melaksanakan PKPD di Asrama Pekerja Westlite dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di kawasan itu. “Saringan dalam masa tiga hari iaitu bermula 21 hingga 23 Disember 2020, KKM mendapati…

Read More

Selangor terus mendahului

: Selangor 61 kluster sedia ada 7 kluster baharu (Cassia Diamond) 212 saringan kontak rapat 152 lain-lain saringan Sabah 34 kluster sedia ada 4 kluster baharu (Pompod) 125 saringan kontak rapat 62 lain-lain saringan Johor 153 kluster sedia ada 37 saringan kontak rapat 15 lain-lain saringan WP Kuala Lumpur 37 kluster sedia ada 20 kluster baharu (Tapak Bina Kiara dan Tapak Bina Perkasa) 33 saringan kontak rapat 50 lain-lain saringan Di Selangor Klang masih mencatatkan kes baharu tertinggi (128) yang kebanyakannya melibatkan saringan kontak rapat (30 saringan kontak dalam kluster…

Read More

PUTRAJAYA 25 Dis. – Masih kekal empat angka apabila rekod hari ini mencatatkan kes harian baharu sebanyak 1,247 menjadikan kes keseluruhan jangkitan virus itu sebanyak 101,565 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah sebanyak 18,576 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,245 kes. Dr Noor Hisham berkata sebanyak 1,441 kes pulih direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh ialah  82,540, manakala 108 kes positif C-19 sedang dirawat di…

Read More

79.3 juta kes 1.7 juta maut

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia kini menghampiri 80 juta dengan kematian pula meningkat kepada 1.7 juta orang sehingga pukul 10.30 pagi ini. Data Johns Hopkins University menunjukkan daripada 79,310,157 kes yang direkodkan, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 18,649,350. AS juga merekodkan kematian tertinggi iaitu 329,022 daripada jumlah keselurugan kematian global sebanyak 1,741,501. India di kedudukan kedua tertinggi dengan 10,123,778 kes diikuti Brazil 7,423,945, Rusia 2,934,695, Perancis 2,584,333, United Kingdom 2,195,144, Turki 2,100,712 dan Itali 2,009,317  Melebihi satu juta kes pula adalah Sepanyol 1,854,951 , Jerman 1,614,336, Argentina 1,563,865, Colombia 1,559,766, Mexico 1,350,079, Poland…

Read More