PUTRAJAYA 25 Dis. – Masih kekal empat angka apabila rekod hari ini mencatatkan kes harian baharu sebanyak 1,247 menjadikan kes keseluruhan jangkitan virus itu sebanyak 101,565 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah sebanyak 18,576 kes.

Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,245 kes.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 1,441 kes pulih direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh ialah  82,540, manakala 108 kes positif C-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Mengenai kes kematian hari ini, Dr Noor Hisham berkata ia melibatkan seorang lelaki berusia 76 tahun di Hospital Lahad Datu, Sabah dan seorang wanita berumur 64 tahun di Hospital Sungai Buloh. Kedua-duanya adalah warga tempatan.

Satu lagi kematian ialah seorang lelaki bukan warganegara berusia 65 tahun di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Beliau berkata perkembangan baharu itu menjadikan kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di negara ini sebanyak 449 kes.

 

Related posts

Leave a Comment