Kadar kebolehjangkitan kembali 0.88

PUTRAJAYA 17 Okt. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) kembali kepada 0.88 semalam berbanding 0.87 pada hari sebelumnya.

Sebelum ini selama empat hari sehingga Khamis, kadar kebolehjangkitan yang direkodkan adalah 0.88.

Sembilan negeri merekodkan kadar melebihi purata kebangsaan di mana tiga negeri mencatatkan kadar 1.00 dan lebih iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.06, Negeri Sembilan 1.03 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.00.

Ini diikuti Perlis, Melaka dan Selangor yang masing-masing mencatatkan 0.95 dan Kelantan 0.93 sementara Sabah merekodkan 0.89 dan Terengganu 0.89.

Negeri-negeri lain merekodkan kadar lebih rendah iaitu Pahang 0.86, Kedah 0.85, Johor 0.85, Pulau Pinang 0.84, Perak 0.79 dan Sarawak 0.76.

Wilayah Persekutuan Labuan pula merekodkan dua kes.

Mengikut rekod Kementerian Kesihatan, Rt terendah pernah dicatatkan adalah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala Rt tertinggi yang pernah direkodkan ialah 1.16 pada 28 Julai lalu.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment