Mat Sabu kembali ke Pulau Pinang?

KEPALA BATAS 15 Okt. – Presiden Amanah Mohamad Sabu tidak menolak kemungkian bertanding di Pulau Pinang pada  sekiranya parti mengarahkannya berbuat demikian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, beliau pernah dua kali bertanding di negeri ini, iaitu pada pilihan raya tahun 1982 dan 1986.

“Namun, parti dan juga rakan parti dari PH, mereka akan menilai dari semasa ke semasa,” katanya selepas melancarkan Sukaralewan Love Penang sempena PRU-15 malam tadi.

Mohamad berkata, Amanah Pulau Pinang akan bertanding di dua kawasan Parlimen dan lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, Amanah hampir selesai memilih calon PRU-15 dan tinggal dua lagi kerusi yang belum diputuskan jika diberikan kepada parti itu manakala sebahagian besar proses pembahagian kerusi komponen Pakatan Harapan (PH) sudah dimuktamad.

“Kita sudah 98 peratus selesai membuat pembahagian kerusi membabitkan semua kawasan yang ingin ditandingi Amanah. Cuma tinggal satu atau dua lagi kerusi yang belum dimuktamadkan calonnya.

Ia juga termasuk kerusi dengan rakan-rakan gabungan kita dari PH kerana kita bukan nak bertanding untuk kemenangan AMANAH sahaja tetapi juga mahu pastikan rakan-rakan kita turut menang,” katanya.

Related posts

Leave a Comment