181 kes Saudi, 8 kematian

RIYADH 22 Dis. – Arab Saudi merekodkan 181 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 361,359. Menurut Kementerian Kesihatan, lapan lagi pesakit meninggal dunia, yang menjadikan 6,319 kematian sementara kes aktif pula 2,971 . Pada masa sama, jumlah kes sembuh turut menunjukkan peningkatan iaitu 352,249 kes dengan tambahan 160 lagi pesakit pulih. Riyadh merekodkan 64 kes diikuti Makkah 36 dan wilayah Timur 31.

Read More

427 kes baharu di Thailand

THAILAND melaporkan 427 kes baharu Covid-19 hari ini, 22 Disember di mana 400 daripada mereka adalah pekerja asing di wilayah Samut Sakhon, lokasi penularan baharu dikesan pada hujung minggu lalu. Peningkatan kes itu menyusuli ujian Covid-19 terhadap ratusan pekerja asing di sebuah pusat makanan laut di wilayah barat daya Thailand itu. Sejak itu lebih 1,100 kes dikaitkan dengan kelompok tersebut dan jumlah keseluruhan kes ketika ini adalah 5,716 kes dengan kematian kekal 60. Kebanyakan pesakitnya adalah pekerja asing dari Myanmar dan mereka tidak menunjukkan gejala Covid-19. Pihak berkuasa menyatakan kira-kira 1,000…

Read More

6,347 kes harian Indonesia

JAKARTA 22 Dis. – Jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan Indonesia hari ini meningkat kepada 678,125 kes berikutan pertambahan kes harian sebanyak 6,347 dengan kes aktif 105,146 atau 15.5 peratus dari jumlah pesakit. Jakarta merekodkan kes tertinggi iaitu 1,311 dengan kumulatif 165,888 kes diikuti Jawa Barat 925 kes (75.589 kes), Jawa Tengah 895 kes ( 73.423 kes), Jawa Timur 706 kes (76.817 kes) dan Sulawesi Selatan 539 kes (26.861 kes). Bagi kes kematian pula, berlakun peningkatan kes apabila 172 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah kumulatif 20,257 kes…

Read More

Mutasi baharu sudah dijangka

BELUM ada bukti menunjukkan varian baharu Covid-19 di United Kingdom dan Afrika Selatan mampu menyebabkan risiko kematian atau tahap parah yang lebih tinggi, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus. Beliau menjelaskan, mutasi baharu virus ini sudah dijangka dan merupakan proses semula jadi. “Dalam beberapa hari lepas, terdapat laporan berhubung varian baharu Covid-19 di Afrika Selatan dan United Kingdom. Seiring dengan perubahan masa, virus akan bermutasi,” katanya. Tegas Ghebreyesus, pada sidang media di Geneva berkata, kekangan mendapatkan virus dengan segera masih menjadi strategi utama. Sementara itu, Ketua…

Read More

Rombakan Kabinet Jokowi

JAKARTA 22 Dis. – Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan enam kementerian dengan menamakan  beberapa nama baharu dari kalangan tokoh politik ternama. Dalam sidang media di Istana Merdeka, Jakarta pada petang ini, Jokowi mengumumkan bahawa jawatan Menteri Kesihatan yang sebelum ini disandang Terawan Agus Putranto, akan digantikan oleh Budi Gunadi Sadikin. Budi yang merupakan bekas tokoh perbankan dan ketua pasukan khas pemulihan ekonomi republik itu, menggantikan Terawan yang sebelum ini teruk dikecam kerana gagal menangani penularan Covid-19 di negara itu. Setakat ini, Indonesia merekodkan lebih…

Read More

Lapan lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 22 Dis. –  Sebanyak 459 kluster dilaporkan termasuk lapan kluster baharu hari ini manakala 253 kluster termasuk tiga kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Summer, Kluster Kota Kecil, dan Kluster Tenaga. Ini menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 206 kluster di mana  52 kluster melaporkan pertambahan kes hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Residen (294 kes), Kluster Pasar Baru (270 kes), dan Kluster Seruling (221 kes). Terdapat lapan kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini iaitu: KLUSTER PASAR BARU Kluster ini…

Read More

Kes harian tertinggi di Selangor

SELANGOR masih mendahului kes jangkitan harian dengan merekodkan 1,014 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 504 dan Sabah 252 kes. Daripada 2,062 kes yang dilaporkan hari ini, Selangor merekodkan 464 kes dari kluster sedia ada, 272 kluster baharu (Pasar Baru & Bukit Naga), 151 kes saringan kontak rapat, 126 lain-lain saringan dan satu kes import. Ini bermakna 736 kes atau 73 peratus daripada keseluruhan kes di Selangor datang dari kluster. Di Kuala Lumpur, sebanyak 54 kes adalah dari kluster sedia ada, 369 kluster baharu (Tapak Bina Residen, Tapak Bina Kasih dan…

Read More

Kes baharu 2,062, satu maut

PUTRAJAYA 22 Dis. – Jumlah kes positif Covid-19 di negara ini mencecah 97,389 kes selepas kes harian yang direkodkan hari ini kekal  empat angka iaitu 2,062 kes. Selangor menyumbangkan hampir separuh daripada jumlah kes, iaitu sebanyak 1,014 kes di mana sebahagian besarnya disumbangkan oleh kluster. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 17,646 kes. Katanya, satu kes kematian dicatatkan pada hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu adalah 439 kes (0.45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Daripada jumlah kes baharu, terdapat empat kes import…

Read More

PKPD Amber Court dilanjut

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Apartment Amber Court dan Apartment Ria di Genting Highlands dilanjutkan dari 24 Disember 2020 sehingga 6 Januari 2021. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau juga memaklumkan mengenai penamatan PKPD di Rumah Kongsi Kg. Semaut pada 23 Disember 2020. Bercakap pada sIdang media hari ini, beliau juga memberitahu kerajaan bersetuju membenarkan kemasukan pelajar antarabangsa dari semua negara ke kampus kecuali United Kingdom (UK) bagi sesi pembelajaran tahun 2021 berkuatkuasa…

Read More