158 kes Saudi

RIYADH 19 Dis. – Arab Saudi merekodkan 158 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 360,848 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, kes aktif pula adalah 3,014 kes di mana 425 adalah kes kritikal. Sebanyak 11 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif meninggal dunia meningkat kepada 6,112 orang. Kementerian juga merekodkan 149 kes pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah pulih 351,722, atau 97.5 peratus. Sementara itu Riyadh merekodkan 44 kes diikuti Makkah 32, wilayah Timur 26 dan  Madinah 16 kes.

Read More

13 kes tempatan

BANGKOK 19 Dis –Thailand merekodkan 12  kes penularan tempatan Covid-19, iaitu jumlah kes penularan tempatan harian tertinggi dalam tempoh lebih tujuh bulan. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19  Thaweesilp Wissnuyothin berkata kes tersebut antara 34 jangkitan baharu Covid-19 yang dikesan di negara itu dalam tempoh 24 jam lepas. Kesemua kes jangkitan tempatan berkenaan  berkait dengan seorang penjual udang di sebuah pasar di Samut Sakhon, berhampiran bandar raya ini, katanya pada sidang media di sini hari ini. Beliau berkata wanita berusia 67 tahun terbabit yang tidak pernah ke luar negara, diuji positif C-19 pada 16 Dis lalu.…

Read More

Indonesia catat 7,751 kes

JAKARTA 19 Dis. – Sebanyak 7,751 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan di Indonesia hari ini menjadikan jumlah kumulatif 657,948 kes dengan kes aktif 102,029. Data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan menunjukkan Jakarta merekodkan 1,899 kes, Jawa Barat 1,132, Jawa Tengah 998, Jawa Timur 752 dan Sulawesi Selatan 391. Bagi kes kematian pula, sebanyak 145 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan 19,659 kematian atau 3.0 peratus daripada jumlah pesakit. Jawa Timur merekodkan kematian tertinggi iaitu 48 orang diikuti Jawa Tengah 24 dan Jakarta 20. Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan apabila 4,265 lagi pesakit…

Read More

Lima lagi kluster baharu

SEHINGGA 19 Disember 2020, terdapat 440 kluster dilaporkan termasuk lima kluster baharu. Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 241 termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Softwood LD di Sabah, Kluster Besi Demak di Sarawak dan Kluster Rajawali di Pulau Pinang.  Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 199 kluster. Daripada jumlah tersebut, 41 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Jalan Stadium (167 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (96 kes), dan Kluster Tembok (80 kes). Lima kluster baharu yang dikenal pasti : KLUSTER TAPAK BINA JALAN…

Read More

Selangor dahului kes harian

SELANGOR kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 401 kes (34.8 peratus). Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 281 kes (24.4 peratus)dan Sabah yang melaporkan sebanyak 199 kes (17.3 peratus). Sebanyak 176 kes (15.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (96 kes) dan Kluster Tembok (80 kes).  Daripada 401 kes di Selangor, 130 adalah dari kluster sedia ada, 26 dari kluster baharu (Tapak Bina Jalan Zuhrah), 119 saringan kontak rapat dan 126 lain-lain saringan. Bagi Kuala Lumpur pula, 207 kes dari kluster sedia ada,…

Read More

Kes 1,153 , satu kematian

PUTRAJAYA 19 Dis. – Sebanyak 1,153 kes baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 91,696 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah itu terdapat dua kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini menjadi 15,294 kes. Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan berkata terdapat pertambahan satu kes kematian baharu akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 433 individu. Kes kematian tersebut melibatkan seorang warga emas berusia 76 tahun di Hospital Pulau Pinang. Setakat…

Read More

Pub: PBT diarah bertindak

AYER KEROH: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah mengambil tindakan lebih tegas terhadap pengusaha pub dan kelab malam yang berdegil menjalankan operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) membabitkan pusat hiburan itu direkodkan hampir setiap hari. “Ambil tindakan yang keras… batalkan lesen dan sebagainya… senarai hitam mereka ini supaya walaupun PKPP sudah tamat, jangan benarkan mereka beroperasi. “Kuasa ini adalah kuasa di negeri… kuasa sebenar terletak kepada (PBT) daerah-daerah. “Saya harap majlis daerah, majlis perbandaran, majlis…

Read More

Penghormatan teristimewa

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Mohd Najib Tun Razak menyifatkan keputusan kerajaan untuk melangsungkan Istiadat Pengebumian Negara terhadap Allahyarham ibundanya, Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah yang meninggal dunia pada Jumaat adalah satu penghormatan teristimewa. Jelasnya, istiadat itu akan menjadi kenangan kepada seluruh keluarga Allahyarham ayahandanya, perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein. Saya atas nama diri saya dan keluarga merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan di atas keputusan anugerah Pengebumian Negara di atas bonda saya Tun Hajah Rahah, ini sudah tentu penghormatan yang teristimewa. “Saya percaya akan menjadi kenangan manis…

Read More

Selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohd Noah selamat dikebumikan sekitar jam 3.15 petang tadi di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara di ibu negara. Terdahulu, jenazah Allahyarhamah tiba di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi untuk dimandi dan dikafankan sebelum orang ramai dibenar memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari ini. Selepas urusan penghormatan terakhir itu, jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid Negara bagi Istiadat Pengebumian Negara.

Read More