TEHRAN – Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menegaskan keupayaan peluru berpandu Iran masih utuh, menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS), bahawa program tersebut telah dimusnahkan.
Menurut IRGC, mereka kini melancarkan lebih banyak projektil dengan kepala peledak melebihi satu tan, menunjukkan kemampuan ketenteraan negara masih kukuh.
Dalam pada itu, Iran menyelar tindakan ketenteraan AS sambil menuduh Israel sebagai perancang utama operasi tersebut.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, terus mengkritik operasi ketenteraan AS dengan menyifatkannya sebagai “Operasi Kesilapan Epik”.
Beliau menuduh Israel merancang tindakan itu, manakala rakyat AS pula menjadi pihak yang menanggung implikasi ekonomi dan kemanusiaannya.
Sementara itu Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Ali Jafarian berkata, sekurang-kurangnya 1,255 orang terbunuh dan 12,000 cedera akibat gabungan serangan AS-Israel sejak konflik tercetus.
Berdasarkan laporan Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amir Saeid Iravani, hampir 10,000 tapak awam musnah, termasuk 65 sekolah dan institusi pendidikan, serta hampir 8,000 kediaman.
Nnnn
