6,689 kes baharu Indonesia

KEMENTERIAN Kesihatan Indonesia mengumumkan sebanyak 6,689 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 650,197 kes. Jakarta mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,587 kes diikuti Jawa Barat 987, Jawa Timur 819, Sulawesi Selatan 531, Jawa Tengah 354 dan Kalimantan Tengah 280. Menurut data yang dikeluarkan, sebanyak 124 pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 19,514 kematian. Kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 531,995..

Read More

Kempen suntik vaksin di Saudi

RIYADH 18 Dis. – Arab Saudi merekodkan 174 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan setakat ini meningkat kepada 360,690 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, 10 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi virus Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 6,101 kematian. Pada masa yang sama sebanyak 208 pesakit sembuh menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 351,573 orang atau 97.5 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 3,016 kes di mana 436 adalah kritikal. Daripada 174 kes baharu itu, Riyadh merekodkan 47 kes diikuti Makkah 36 dan Madinah…

Read More

1,771 petugas dijangkiti

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Sebanyak 1,771 kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan direkodkan sehingga hari ini dengan 1,359 kes atau 76.7 peratus daripadanya berlaku semasa gelombang ketiga pandemik Covid-19, termasuk 43 kes baharu yang dilaporkan hari ini.  Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kumpulan petugas kesihatan yang melaporkan kes jangkitan tertinggi sejak bermulanya pandemik itu ialah jururawat dengan 690 kes, pegawai perubatan (211 kes), pembantu perawatan kesihatan (146 kes), pembantu pegawai perubatan (144 kes) dan pegawai perubatan siswazah sebanyak 84 kes.  Berdasarkan siasatan, beliau berkata 587 kes petugas mendapat jangkitan dari komuniti, 565 kes berlaku di…

Read More

Krismas ikut SOP

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Upacara keagamaan sempena sambutan Krismas hanya dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 24 dan 25 Disember. Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, ia masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Upacara sembahyang pada 24 Disember bermula pukul 5 petang sehingga 9.30 malam dan perlu dibuat dalam dua sesi, iaitu satu setengah jam ibadat diselangi 45 minit operasi sanitasi. Sebagai contoh, ibadat bermula pukul 6 petang sehingga 7.30 malam, diikuti operasi sanitasi selama 45…

Read More

Pembukaan semula sektor

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Beberapa sektor akan mula dibuka secara berfasa mulai esok, 19 Disember, iaitu sektor pelancongan, kebudayaan, sukan dan rekreasi. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pembukaan kesemua sektor berkenaan adalah mengikut SOP berdasarkan lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Sektor pelancongan yang terlibat ialah MICE (mesyuarat, inisiatif, persidangan dan pameran). Kedua, produk pelancongan seperti Zoo Negara, ladang, extreme adventure dan nature parks. Ketiga, pameran hasil seni budaya dan warisan seperti muzium, galeri seni, perpustakaan, kampung budaya dan pentas persembahan…

Read More

Tun Rahah meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Balu kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah, meninggal dunia sekitar pukul 4.30 petang, Jumaat (18 Disember) di Pusat Perubatan Prince Court di sini. Pemergian Tun Rahah, yang berusia 87 tahun itu disahkan sendiri oleh  Najib Tun Razak menerusi akaun Twitter rasminya: Tun Rahah merupakan ibu kepada Najib, dan empat yang lain termasuk bekas Pengerusi CIMB Group, Mohamed Nazir Razak. Rahah merupakan figura penting di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara iaitu suaminya, Allahyarham Tun Abdul Razak serta anaknya Najib,…

Read More

PKPB KL, Selangor, Sabah dilanjut

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Kerajaan mengumumkan penamatan dan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di beberapa buah negeri. Seluruh Kuala Lumpur dan Sabah akan terus dikenakan PKPB bermula 21 sehingga 31 Disember ini manakala PKPB di seluruh Selangor juga bagi tempoh yang sama kecuali Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang dikenakan PKPP. Di Kedah, PKPB Daerah Kulim ditamatkan pada 20 Disember sementara penamatan PKPD Taman-Taman Perumahan dalam Mukim Sg. Seluang pada 20 Disember melibatkan Taman Bayam, Taman Bayam Indah, Taman Kangkong…

Read More