Pembukaan semula sektor

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Beberapa sektor akan mula dibuka secara berfasa mulai esok, 19 Disember, iaitu sektor pelancongan, kebudayaan, sukan dan rekreasi.

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pembukaan kesemua sektor berkenaan adalah mengikut SOP berdasarkan lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sektor pelancongan yang terlibat ialah MICE (mesyuarat, inisiatif, persidangan dan pameran).

Kedua, produk pelancongan seperti Zoo Negara, ladang, extreme adventure dan nature parks. Ketiga, pameran hasil seni budaya dan warisan seperti muzium, galeri seni, perpustakaan, kampung budaya dan pentas persembahan budaya dan keempat, taman tema.

Kapasiti pengunjung yang dibenarkan ialah 50 peratus daripada kapasiti sebenar. Bagi persembahan pentas pula, penonton tidak dibenarkan.

Manakala bagi sektor sukan, hanya 10 peratus penonton, atau maksima 4,000 penonton dibenarkan.

“Sebagai contoh, Stadium Bukit Jalil mempunyai kapasiti 80,000. Kalau 10 peratus maknanya 8,000 penonton. Tetapi kita tidak benarkan kerana maksimum hanya 4,000 sahaja,” jelasnya.

Related posts

Leave a Comment