PKPB KL, Selangor, Sabah dilanjut

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Kerajaan mengumumkan penamatan dan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di beberapa buah negeri.

Seluruh Kuala Lumpur dan Sabah akan terus dikenakan PKPB bermula 21 sehingga 31 Disember ini manakala PKPB di seluruh Selangor juga bagi tempoh yang sama kecuali Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang dikenakan PKPP.

Di Kedah, PKPB Daerah Kulim ditamatkan pada 20 Disember sementara

penamatan PKPD Taman-Taman Perumahan dalam Mukim Sg. Seluang pada 20 Disember melibatkan Taman Bayam, Taman Bayam Indah, Taman Kangkong 1 dan 2,

Taman Halia, Taman Cekur Manis, Taman Kobis dan Taman Seri Limau.

PKPB Mukim 12, Barat Daya dan Mukim 13, Timur Laut, Pulau Pinang sehingga 31 Disember 2020 sementara PKPD Persiaran Paya Terubong (Relau), Mukim 13, Timur Laut  &  PKPD Kawasan Flat Desa Bistari Blok A & B, Batu Uban, Mukim 13, Timur Laut sehingga 31 Disember 2020

Di Perak, PKPB di Kawasan Ipoh dan Chemor di Mukim Hulu Kinta dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020 sementara PKPB di Mukim Changkat Jong ditamatkan pada 20 Disember 2020.

Penamatan PKPD Asrama Kilang Yamaha, Ipoh, Perak adlah pada 20 Disember sementara pelanjutan PKPD Depot Tahanan Imigresen Langkap dan Kuarters Kakitangan Daerah Hilir Perak bermula 20 sehingga 31 Disember 2020.

Di Kelantan, penamatan PKPB di Mukim Kubang Kerian dan Mukim Kusial pada 20 Disember 2020 sementara PKPD Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah, Kg. Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh ditamatkan pada 20 Disember 2020.

PKPB Daerah Seremban dan Port Dickson dilanjutkan bermula 21 sehingga 31 Disember 2020 manakala lanjutan PKPD Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban  bermula 22 sehingga 31 Disember 2020.

Pelanjutan PKPB di Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai pula mulai 21 sehingga 31 Disember, penamatan PKPB di Kota Tinggi, pada 20 Disember dan pelaksanaan PKPD Penjara Kluang dan Kuarters Penjara Kluang bermula 19 sehingga 31 Disember.

Related posts

Leave a Comment