Krismas ikut SOP

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Upacara keagamaan sempena sambutan Krismas hanya dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 24 dan 25 Disember.

Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, ia masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Upacara sembahyang pada 24 Disember bermula pukul 5 petang sehingga 9.30 malam dan perlu dibuat dalam dua sesi, iaitu satu setengah jam ibadat diselangi 45 minit operasi sanitasi.

Sebagai contoh, ibadat bermula pukul 6 petang sehingga 7.30 malam, diikuti operasi sanitasi selama 45 minit dan disambung sesi kedua pula.

Pada 25 Disember pula, upacara sembahyang dibenarkan bermula pukul 7 pagi sehingga 1.45 petang, dan perlu dibahagi dalam tiga sesi, diselangi operasi sanitasi selama 45 minit.

Tradisi kunjung mengunjung pula hanya dibenarkan pada 25 Disember, juga hanya membabitkan mereka di kawasan PKPB dan PKPP.

Pengunjung yang dibenarkan pula tidak melebihi 20 orang, mengikut keluasan rumah

Related posts

Leave a Comment