Seri Paduka ucap takziah

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak dan Olimpian negara, Namat Abdullah, yang meninggal dunia petang tadi.  Baginda turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu itu. “Seri Paduka Baginda amat menghargai jasa Allahyarham kepada negara serta khidmat bakti beliau dalam mengharumkan nama Malaysia di persada bola sepak dunia. Al-Sultan Abdullah turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada arena bola sepak negara. Seri…

Read More

Namat Abdullah meninggal dunia

Oleh Abdul Hafiz Ahmad BEKAS ketua pasukan Malaysia dan Pulau Pinang serta antara 19 wira negara yang beraksi dalam Sukan Olimpik Munich 1972, Allahyarham Datuk Namat Abdullah, meninggal dunia kira-kira pukul 5.30 petang ini. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 74 tahun di kediaman anaknya di Taman Larah Aman, Kamunting, Perak, menurut kiriman WhatsApp seorang ahli keluarganya kepada BebasNews. “Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Peruda, Sungai Petani, Kedah malam ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani pada sebelah pagi sebelum solat Jumaat esok. “Kami…

Read More

Tiga kluster baharu

PUTRAJAYA 17 Dis. – Sebanyak 429 kluster telah dilaporkan sehingga 17 Disember termasuk tiga kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 236 termasuk enam (6) yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Benteng PK, Kluster Kapas BJ, Kluster Garden, Kluster Bah Tropicana, Kluster Bah Bercham dan Kluster Mentari. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 193 dan daripada  jumlah tersebut, sebanyak 41 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (98…

Read More

Selangor, KL, mendahului

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 368 kes (30.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 247 kes (67.1 peratus) adalah dari kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melaporkan sebanyak 297 kes (24.3 peratus) dan negeri Sabah sebanyak 184 kes (15.1 peratus). Sebanyak 135 kes (11.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (98 kes), Kluster Tembok (36 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Read More

‘Henti kejar bayang-bayang’

KUALA LUMPUR: Dua pemimpin utama Pakatan Harapan (PH), Amanah dan DAP mencadangkan agar gabungan itu membuat anjakan politik untuk menyatukan seluruh blok pembangkang. Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan bersama menegaskan, sudah tiba masanya untuk seluruh blok pembangkang bersatu demi membina kekuatan bersama yang ada atas landasan perjuangan bersama. Mohamad dan Guan Eng menegaskan, undian Belanjawan 2021 pada Selasa lalu mengajar PH supaya tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang dan tidak perlu membuang masa dengan Ahli Parlimen kerajaan yang oportunis. Menurut Ahli Parlimen…

Read More

Feri Pulau Pinang diteruskan

DI Dewan Rakyat hari ini, 17 Disember, Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri itu, akan diteruskan. Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan meluluskan RM30 juta kepada Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengambil alih perkhidmatan, yang menjadi lambang ikonik di Pulau Mutiara itu. “Saya mengesahkan peruntukan itu seperti yang diluluskan akan dibayar secara dua ansuran tahunan yang mana RM15 juta untuk 2021 akan dibayar pada 2021 sebagaimana diluluskan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021. “Baki RM15 juta…

Read More

Ujian percubaan vaksin dibatal

UNIVERSITY of Queensland dan CSL Ltd membatalkan ujian percubaan mereka terhadap vaksin Covid-19 Australia setelah penerima menghasilkan antibodi HIV semasa percubaan fasa 1. Tindak balas itu bermaksud antibodi yang dihasilkan oleh vaksin boleh mengganggu ujian diagnostik HIV. Satu daripada empat penerima vaksin didapati menunjukkan ujian positif yang palsu apabila diuji untuk HIV. Namun, kata kedua pihak itu, tiada kemungkinan vaksin menyebabkan jangkitan dan ujian lanjut mengesahkan tiada virus HIV dikesan. Walaupun vaksin telah menimbulkan tindak balas imun yang “kuat” terhadap virus SARS-COV-2 tanpa kesan buruk yang serius dalam percubaan tahap…

Read More

130,000 di UK disuntik

LONDON: Lebih 130,000 individu telah diberikan suntikan vaksin pada minggu pertama program vaksinasi di United Kingdom (UK). Menteri Kesihatan Nadhim Zahawi melalui ciapan Twitternya  menyatakan seramai 137,897 individu diberi dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech di antara 8 hingga 15 Disember. Pecahan bagi setiap negara menunjukkan 108,000 divaksin di England; 7,897 di Wales; 4,000 di Ireland Utara; dan 18,000 di Scotland. Beliau menggambarkan perkara itu sebagai permulaan yang baik bagi program vaksinasi yang telah dimulakan Isnin lepas. Kira-kira 200 klinik vaksinasi tempatan dijangka beroperasi secara berterusan sehingga hujung minggu. Lebih 1,000 lagi…

Read More