Arab Saudi catat 180 kes

RIYADH 16 Dis.- Arab Saudi merekodkan 180 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 360,335 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, 11 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan kematian sebanyak 6,080 orang. Kes sembuh pula merekodkan 199 kes pulih dan ini menjadikan jumlah pesakit yang sembuh adalah 351,192 kes. Sementara itu Riyadh merekodkan 53 kes baharu Covid-19 diikuti Makkah 32 dan Madinah 30 kes.

Read More

6,725 kes baharu Indonesia

JAKARTA 16 Dis.- Sebanyak 6,725 kes baharu Covid-19 direkodkan di Indonesia menjadikan jumlah keseluruhan  636.154 kes. Kes kematian pula meningkat kepada 19,248 kes termasuk 137 kes hari ini  dengan jumlah kumulatifnya menjadi 19.248 kes atau 3,0 peratus daripada keseluruhan kes. Bagi tempoh yang sama, jumlah pesakit sembuh dari Covid-19 hari ini terus meningkat menjadi 521.984 orang. Sementara itu, Jawa Barat merekodkan pesakit positif sebanyak 1.434 kes dan kumulatifnya 69.500 kes diikuti Jakarta 1.221 kes dan kumulatifnya 156.343 kes.  Jawa Timur 755 kes dan kumulatifnya 72.124 kes. Sulawesi Selatan menambah 447…

Read More

Vaksin percuma, Jokowi penerima pertama

  JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo menjadi orang pertama di negara itu menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi membuktikan kepada rakyat mengenai keselamatan vaksin berkenaan yang akan diberikan secara percuma. “Saya secara peribadi akan menjadi penerima pertama (vaksin ini) bagi meyakinkan penduduk bahawa vaksin yang digunakan adalah selamat, “ katanya daam satu rakaman video yang dimuat naik ke siaran YouTube Istana Negara hari ini. Beliau berkata rakyat akan mendapat vaksin itu “tanpa sebarang bayaran dikenakan” dan mengarahkan menteri kewangan dan Kabinet mengambil langkah merealisasikan program vaksinasi itu pada tahun depan. Katanya,…

Read More

268 kes, 5 kematian di Sabah

KOTA KINABALU 16 Dis. – Sebanyak 268 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Sabah, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 33,639 kes sementara lima kematian dilaporkan hari inj iaitu tiga kes di daerah Tawau dan dua kes di daerah Lahad Datu. Pada hari ini juga seramai 459 pesakit Covid-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 30,742 orang. Sejumlah 2,068 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 606 orang di hospital dan 1,462 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 57 orang dan 14 orang pula memerlukan alat…

Read More

Lapan lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 16 Dis. – Lapan lagi kluster dikesan hari ini menjadikan jumlah 426 kluster dilaporkan sehingga 16 Disember 2020. Sebanyak 230 kluster tamat termasuk satu hari ini iaitu Kluster Murni di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau sebanyak 196 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 51 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (143 kes), Kluster Usaha (79 kes), dan Kluster Tapak Bina Jalan Stadium (63 kes). Lapan kluster baharu yang dikenal pasti pada…

Read More

1,295 kes baharu

PUTRAJAYA 16 Dis. – Sebanyak 1,295 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah terkumpul setakat ini  87,913 kes dengan jumlah  kematian meningkat kepada 429 kes termasuk tujuh kematian hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata lima daripada tujuh kematian tersebut dilaporkan di Sabah serta masing-masing satu di Selangor dan Kelantan, dengan kesemua mereka berusia 52 hingga 77 tahun.  Dr Noor Hisham berkata sebanyak 1,052 kes sembuh dilaporkan, menjadikan 72,733 kes pulih sepenuhnya atau 82.7 peratus daripada keseluruhan kes . Beliau berkata terdapat 10 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19…

Read More

Darurat PRK Gerik, Bugaya

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk mengisytiharkan darurat bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen (P.054) Gerik, Perak dan Bahagian Pilihan Raya Negeri (N.66) Bugaya, Sabah. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, berkata, Sultan Abdullah memperkenankan perkara itu selepas berpuas hati dengan adanya keperluan berbuat demikian. Seri Paduka Baginda berpuas hati bahawa adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi memasyhurkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No. 2) 2020 Sn Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.3) 2020 di bawah Fasal (2B) Perkara…

Read More

Perihal sombong…

baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang Maksud: Tidak sombong, rendah diri bak gadis baru bersubang Maksud: Orang hina papa atau miskin yang menjadi sombong kerana memperoleh kemuliaan atau kekayaan hendak sombong berbini banyak, hendak megah berlawan lebih Maksud: Kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran bagai anjing ditepuk, menjungkit ekor Maksud: Orang yang hina, apabila dihormati jadi sombong

Read More

Kehilangan buat warga koperasi

KUALA LUMPUR: Pemergian Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid merupakan satu kehilangan besar buat warga koperasi, khususnya Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa). Presiden Angkasa, Abdul Fattah Abdullah dalam satu kenyataan berkata Allahyarham telah memainkan peranan besar dalam memperkasa agensi itu sehingga diiktiraf kerajaan sebagai badan gerakan koperasi negara untuk menyatu dan mewakili gerakan koperasi diperingkat nasional dan antarabangsa pada 23 Mei 1996. “Saya mewakili Angkasa dan seluruh warga koperasi dengan penuh rasa dukacita mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang meninggal dunia semalam. “Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar…

Read More